seismik

Majlis Persandingan 100 Pengantin Di Dataran Merdeka Anjuran MAIWP Ini Curi Tumpuan Ramai

The real 'kahwin berjemaah'.

Cover image via @syafirol.hafiz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis persandingan merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan pengantin

Iyalah, persandingan juga antara salah satu cara terbaik untuk kita war-warkan perkahwinan kita kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan sebuah majlis persandingan besar-besaran dengan melibatkan 100 pasang pengantin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Majlis persandingan besar-besaran dengan penglibatan 100 pasangan pengantin

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @syafirol.hafiz di TikTok, kelihatan ramai pengantin sedang melakukan sesi makan beradab di sebuah barisan meja panjang.

Apa yang lebih menarik adalah majlis itu melibatkan persandingan 100 pasangan pengantin di Dataran Merdeka anjuran Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Malah, rata-rata ramai yang terkejut dengan kewujudan anjuran tersebut dan memuji kerana dapat meringankan kos pengantin.

"Semalam ingat datang nak lepak dataran, pelik pulak kenapa tiba-tiba banyak khemah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 220.4K tontonan, 11.2K tanda suka dan 1.2K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah di atas majlis persandingan itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Meriah betul bersanding ramai-ramai. Save bajet! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: