seismik

Lelaki Terkaya India Terbangkan Beyonce Dari USA Khas Untuk Majlis Pra-Perkahwinan Anaknya

"Kalau Beyonce buat persembahan di majlis perkahwinan saya, anda semua perlu membayar tiket untuk masuk" - Pengguna Twitter.

Cover image via Google

Baru-baru ini telah tular di mana penyanyi terkenal, Beyonce diterbangkan khas untuk membuat persembahan kepada para tetamu yang hadir ke majlis pra-perkahwinan seorang wanita bernama Isha Ambani

Isha Ambani

Image via Instagram @ishaambaniii

Siapakah Isha Ambani ini?

Untuk pengetahuan anda, Isha Ambani, 27, merupakan anak seorang lelaki yang terkaya di India iaitu Mukesh Ambani. Beliau merupakan seorang pengasas dan juga pengerusi untuk syarikat Reliance Industries.

Isha Ambani bakal berkahwin dengan Anand Piramal, 33, seorang anak lelaki hartawan di India.

Mukesh Ambani

Image via Forbes

Menurut laporan Forbes, Mukesh Ambani memperoleh pendapatan dan aset yang bernilai lebih kurang US$ 47bil (RM196bil).

Syarikat tersebut juga pada mulanya telah diasaskan oleh mendiang ayahnya, Dhirubhai Ambani iaitu seorang pedagang benang, pada tahun 1966 sebagai pengilang tekstil kecil.


Bukan itu sahaja, kemunculan Beyonce ternyata mengejutkan orang ramai yang hadir di majlis pra-perkahwinan tersebut. Bukan calang-calang!

Beyonce dikatakan telah mempersembahkan beberapa buah lagu di majlis tersebut termasuk Crazy In Love dan Naughty Girl. Malah, paling menarik apabila Beyonce sendiri turut memakai persalinan tradisi india yang direka khas oleh Abu Jani dan Sandeep Khosla.

Tonton video di bawah untuk klip persembahan Beyonce di majlis tersebut:

Majlis yang serba mewah itu telah berjalan lancar dengan kehadiran beberapa artis antarabangsa yang terkenal iaitu Nick Jonas, Priyanka Chopra, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dan ramai lagi

Nick Jonas & Priyanka Chopra Jonas

Image via Hello Magazine
Image via Eventila
Image via News18
Image via Business Today

Majlis tersebut turut menarik perhatian orang ramai di Twitter. Bayangkan, itu baru majlis pra-perkahwinan. Majlis perkahwinan yang sebenar diadakan pada hari ini, 12 Disember 2018.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih 200 pesawat telah diterbangkan khas untuk majlis ini dan para tetamu yang datang sememangnya nama-nama besar

Ini termasuk penyanyi superstar Beyonce, bekas ketua wanita Amerika, Hillary Clinton dan selebriti India, seperti pelakon Shah Rukh Khan, ikon kriket Sachin Tendulkar, pelakon Aishwarya Rai Bachchan, dan ramai lagi. 

Menurut laporan media India, para tamu di Udaipur diberi akses kepada aplikasi yang terperinci mengenai setiap aktiviti yang bakal dijalankan, termasuk konsert oleh Beyonce dan karya-karya lagu-dan-tari oleh selebriti Bollywood.

Kalau Beyonce buat persembahan di majlis perkahwinan anda, apa reaksi anda? :O

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga tentang majlis ulang tahun Isabella yang dibuat bagaikan majlis perkahwinan. Fuh grand habis!

You may be interested in: