seismik

Malaysia Airlines Umum 30% Diskaun Untuk Penerbangan Ke Australia Sempena 'Year-End Deals'

Jom terbang ke Aussie!

Cover image via barmetrix.com

Artikel ini ditaja oleh Malaysia Airlines

Akhir tahun datang dengan pantas. Masing-masing sedang memikirkan untuk pergi bercuti dan tinggalkan kerja di pejabat.

Image via tenor.com

Kalau anda belum ada apa-apa plan lagi, inilah masa paling sesuai untuk anda fikirkan sesuatu destinasi untuk pergi melancong pada musim cuti akhir tahun.

Apa kata pergi ke Australia. Kenapa?

Sebab Malaysia Airlines baru mengumumkan diskaun 30% untuk ke 4 lokasi hangat di Australia sempena promosi akhir tahun!

Tempoh tempahan: Sekarang sehingga 24 November 2017
Tempoh perjalananan: 21 November 2017 - 31 Ogos 2018
Destinasi termasuk: Sydney, Perth, Melbourne, Adelaide

Mahukan percutian luar biasa di Australia? Lihat senarai aktiviti di bawah:

1. Lihat sekumpulan dolphins yang comel secara dekat di Perth: tambang pergi balik daripada RM1,009

Lokasi Monkey Mia mungkin agak jauh sedikit dari Perth tetapi perjalanan ke sana memang berbaloi. Pantai pasir putih dan air laut jernih bak kristal sudah cukup untuk menjadikannya destinasi tumpuan pelancong. Monkey Mia juga merupakan tempat untuk menyaksikan ikan lumba-lumba liar yang akan berenang ke pantai untuk mendekati manusia. Satu pengalaman yang pastinya sukar dirasai di negara lain.

Bandar Perth.

Image via Trip It Anywhere

Apa lagi yang ada di Perth?

Naik feri ke Rottnest Island untuk bertemu Quokka yang comel!

Inilah masanya untuk anda ambil selfie dengan haiwan marsupial paling comel dan paling gembira di dunia, Quokka yang hanya terdapat di Australia Barat.

Saya Quokka!

Image via Traveller AU

2. Bergambar sakan di Sydney Opera House: tambang pergi balik daripada RM1,489

Image via Johari Mohd

Bak kata orang ramai, berdosa kalau pergi Sydney tapi tak singgah di Opera House. Inilah salah satu mercu tanda paling popular di Sydney, dan merupakan Opera House yang paling banyak diambil gambar di dunia.

Dan sempena tahun baru nanti, jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam salah satu acara bunga api paling terkenal di dunia di Sydney Harbour.

Bunga api di Sydney Harbour.

Image via Tourism Australia

Apa lagi yang ada di Sydney?

Pergi ke Blue Mountains untuk pengalaman outdoor yang lebih hebat.

Terkenal dengan pembentukan batu yang dikenali sebagai Three Sisters, Blue Mountains merupakan kawasan pergunungan sebesar 2.5 juta ekar di Sydney.

Blue Mountains.

Image via Tourism Australia

3. Nikmati kopi terbaik di dunia di Melbourne: tambang pergi balik daripada RM1,509

Image via gold1043

Sekali dah pekena kopi di Melbourne, memang susah nak patah balik ke kopi lain. Tidak ada bandar lain di Australia yang mengambil serius dalam pembuatan kopi selain di Melbourne.

Anda boleh tanya mana-mana saja barista yang anda jumpa dan mereka bukan sahaja dapat membuatkan anda secawan kopi dengan spesifikasi sempurna, tetapi mereka juga boleh menjawab setiap soalan berkaitan dengan kopi.

Apa lagi yang ada di Melbourne?

Petik buah-buahan segar di ladang terkenal di Victoria.

Rancang perjalanan ke destinasi percutian musim panas dan dapatkan makanan terbaik Victoria. Sama ada anda peminat strawberi, raspberi atau beri hitam, anda pasti kagum dengan pilihan, kualiti dan kesegaran buah yang dipetik terus dari ladang.

Image via pinimg.com

4. Tenangkan jiwa dengan pemandangan hijau di Adelaide: tambang pergi balik daripada RM1,899

Untuk percutian santai di persekitaran semula jadi yang tenang dan indah, anda boleh singgah ke Adelaide Hills. Destinasi permai kehijauan ini hanya terletak 20 minit dari bandar Adelaide dan terkenal dengan landskap yang cantik, habiitat hidupan liar, dan kualiti makanan dan wain.

Image via Adelaide Hills

Meneroka bandar-bandar dan kampung-kampung yang unik, pergi melawat kilang wain dan kilang pembuatan kraf, memetik buah anda sendiri, dan berbasikal atau menunggang kuda melalui kawasan luar bandar yang indah adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan di Adelaide Hills.

Image via HolidayMe

Jangan lepaskan tawaran hebat dari Malaysia Airlines ini dan tutup lembaran akhir tahun dengan percutian luar biasa!

Tempah sekarang di laman web Malaysia Airlines.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mungkin anda akan rasai pengalaman berbual dengan orang Australia nanti: