seismik

Mat Salleh Ini 'Buat Hal', Teruja Nak Kayuh Basikal Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Salah dari segi undang-undang.

Cover image via @unknown.route (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktiviti berbasikal kini sudah menjadi seperti aktiviti kegemaran ramai

Selain dapat melihat pelbagai pemandangan, anda juga secara tidak langsung membuat senaman yang baik untuk kesihatan.

Jika dulu ramai kita boleh lihat orang berbasikal di atas lebuh raya, namun disebabkan ia berbahaya dan berisiko tinggi, kerajaan tidak membenarkannya lagi.

Namun, baru-baru ini kecoh apabila seorang mat salleh cuba untuk merentas jambatan kedua Pulau Pinang dengan berbasikal telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@unknown.route A few days ago I had to cross the bridge from Batu Kawa to Penang Island. I had no idea if it’s allowed to cross that bridge by bicycle or not, so I just tried it out. It was pretty hot around 1pm so I put an extra layer of sunscreen and got excited to arrive soon in Georgetown to meet up with some friends. The bridge has a length of 22km and is the longest bridge of Southeast Asia. I made it half the way and stopped to get some video footage, of me cycling this massive bridge. As soon as I wanted to continue, I got stopped by the police. They told me that it isn’t allowed to cross the bridge by bike and they never saw anyone else before trying it. They were very friendly to me and apologized to stop my little adventure The only solution was to get transported by a car to the other side of the bridge. I waited for like an hour until a truck of the police arrived to pick me up. - Moments like that In Germany they would’ve probably take my driving license away and let me pay a fine of 500€ and here in Malaysia, they just cared about my security and health. They also took some photos of me and my bike and wished me all the best for my travel. #cycling #bikepacking #biking #biketok #fyp In the Aeroplane Over the Sea - Neutral Milk Hotel

Kena tahan polis selepas beberapa minit kayuh

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki mat salleh berkongsi keterujaannya untuk merentas jambatan paling panjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan kedua Pulau Pinang.

Dia dilihat hanya berbasikal cuba untuk merentas jambatan itu pada waktu pagi. Namun, selepas beberapa minit, datang kereta polis yang menahannya.

Situasi itu membuatkan dia tidak dapat merentasnya dan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan. Dia juga dilihat kecewa kerana tidak dapat menyempurnakan aktiviti itu.

"For your own safety bro, the bridge is kinda dangerous" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan terhadap situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 517.2K views, 33.1K likes dan 414 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Tapi memang berbahaya pun, kena fikir keselamatan diri juga :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: