seismik

McDonald's Tampin Kini Dibuka, Tampil Dengan Ciri Unik Bumbung Minangkabau. Wow!

Satu-satunya restoran McDonald’s di Malaysia yang berkonsepkan rumah tradisional Negeri Sembilan.

Cover image via Kaseh Lya (Facebook)

Restoran makanan segera, McDonald’s sekali lagi mencuri perhatian rakyat Malaysia, apabila tampil dengan keunikan tersendiri dalam memperkenalkan pembukaan restoran terbarunya

Ianya berkaitan dengan restoran McDonald’s yang baru dibuka di Tampin baru-baru ini dengan mengambil inspirasi seni bina bumbung panjang iaitu rumah tradisional Negeri Sembilan atau lebih dikenali dengan bumbung Minangkabau.

Menurut sumber, ini menjadikan satu-satunya restoran McDonald’s dalam negara berkonsepkan sedemikian rupa.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, restoran makanan segera berkenaan mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi.

Ia juga mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) bagi mengetengahkan keunikan seni bina negeri ini.

Pada asalnya, tapak restoran itu merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi

Tambah Suhaiza lagi, pembukaan restoran makanan segera tersebut, selain membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, ia bakal menjadi tarikan pelancongan di daerah ini.

“Sebelum ini, tapak restoran ini merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi, jadi, kami sahut saranan kerajaan negeri untuk mempelbagaikan hasil dengan mewujudkan kerjasama dengan Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. untuk menjadikan lokasi strategik ini sebagai tarikan pelancongan.

“Kami juga yakin lokasi ini akan dapat dihidupkan kembali lebih-lebih lagi lokasinya terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban,” katanya.

McDonald’s Tampin menjadi restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan

Menurut Pengarah Kanan Operasi, McDonald’s Malaysia, Felina Lim, restoran McDonald’s di Tampin itu juga akan dilengkapi kemudahan ‘sensory room’ yang bakal digunakan oleh kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme.

“Ini menjadikannya sebagai satu-satunya restoran Mcdonald’s di negara ini yang menawarkan khidmat berkenaan di dalam restoran. McDonald’s Tampin juga merupakan antara restoran setingkat terbesar di negara ini,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: