seismik

"Memalukan!" - Konsert Coldplay Belum Mula, Tapi Kawasan Stadium Dah Penuh Dengan Sampah?

"Sebab tu Coldplay sponsor pembersih sampah Interceptor kat Malaysia. Pengotor" - Warganet.

Cover image via @kaypohmedia (X) & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, konsert kumpulan rock Britain, Coldplay akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam ini, 22 November 2023

Dapat dilihat di media sosial, para penonton sudah beratur seawal jam sembilan pagi di kawasan luar stadium. Malah, ramai sanggup berhujan demi merealisasikan impian mereka untuk menonton Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur secara langsung buat pertama kali.

Namun, tular pula sebuah video yang kurang menyenangkan apabila kawasan luar stadium dilihat penuh dengan sampah makanan yang dibuang oleh segelintir pengunjung tidak bertanggungjawab.

Rakaman itu yang kini telah meraih 182.9K views dan 847 reposts ternyata mengundang kecaman daripada warganet di laman aplikasi X

Timbunan sampah di sepanjang lorong para pengunjung beratur itu membuatkan warganet berasa malu kerana difahamkan, Coldplay telah menaja pembersih sampah Interceptor di Malaysia. Namun, pengunjung konsert mereka pula membuang sampah sesuka hati.

Berikut di bawah adalah antara respon daripada warganet di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Alamak, tak sedap pula mata nak memandang. Jangan buang sampah merata guys!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: