seismik

"Menakutkan" - Pekerja Wanita Ini Cuak, Lelaki Tak Dikenali Datang Masuk Kedai Buat Kacau

Nasib baik dia report polis!

Cover image via @mannamelynna93 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang ini kita perlu lebih banyak berhati-hati jika berjalan seorang diri

Lebih-lebih lagi buat wanita, kerana mereka sering menjadi mangsa dan target. Disebabkan itu, wanita disarankan untuk membawa beberapa barangan yang boleh melindungi mereka di dalam beg.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki mengacau dua orang pekerja wanita sehingga membuat mereka ketakutan di sebuah kedai telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Datang kedai tiba-tiba pandang semacam pekerja kedai

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita semasa itu sedang bekerja di sebuah kedai vape sebelum didatangi seorang lelaki.

Pada awalnya, mereka tidak mengesyaki apa-apa. Tetapi, aksi lelaki tersebut yang kemudian masuk dan duduk di sofa sambil merenung mereka membuatkannya ketakutan.

Lelaki itu malah datang mendekat di kaunter dan mula bertanyakan beberapa soalan sehingga membuatkan mereka ketakutan.

Situasi itu membuatkan pekerja terbabit terpaksa melayan dan menggunakan cara psikologi sebelum menelefon polis untuk datang ke tempat kejadian.

Dalam pada masa yang sama, dia memberitahu pihak polis akan sentiasa membuat rondaan sehingga lelaki terbabit berjaya ditangkap untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Lepas ni standby lelaki seorang atau 2 dekat kedai. Macam-macam terjadi sekarang ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.7M views, 466.1K likes dan 12.1K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Scarynya! Harap lepas ni ada pekerja lelaki juga boleh jaga kedai

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022