Menara Berkembar PETRONAS Tawar 'Free Entry' Untuk Siapa Yang Lahir Bulan Ogos!
Yay, boleh bawa family.
Warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos dapat menikmati tawaran masuk percuma ke Menara Berkembar PETRONAS sepanjang bulan ini
Sempena ulang tahun PETRONAS yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos akan menerima pas percuma untuk melawat Menara Berkembar PETRONAS apabila mereka menyerahkan MyKad atau MyKid.
Syaratnya, anda perlu lahir bulan Ogos. Anda boleh melawat ke sana sepanjang bulan ini.
Pas tersebut termasuklah akses ke Sky Bridge dan Observation Deck
Di Observation Deck ada pameran paparan digital terkini tentang sejarah bangunan. Terletak di tingkat 86, anda boleh menikmati pandangan bandar Kuala Lumpur daripada atas. Bestnya!
Sky Bridge menghubungkan kedua-dua menara pada tingkat 41 dan 42. Anda akan menikmati pemandangan setinggi 170m. Lagi best kalau ambil gambar terutamanya pada waktu petang.
Tawaran ini hanya sah untuk walk-in dan berdasarkan siapa cepat dia dapat sahaja.
Waktu operasi
9am – 9pm (Selasa hingga Ahad)
Waktu akhir masuk adalah pada pukul 8.30pm.
Ditutup pada hari Isnin, kecuali cuti umum atau cuti umum gantian.
Ketahui info lebih lanjut di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!