seismik

"Menggigil Satu Badan Bila Abah Positif Covid-19. Tambah Gigil Tengok Abah Naik Ambulans"

Sedihnya.

Cover image via Twitter @aishahariffin22

Tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga apabila salah seorang daripada mereka disahkan positif Covid-19

Image via Berita Harian

Situasi Covid-19 yang kian meruncing di Malaysia semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Bukan setakat bimbang terhadap wabak itu sendiri, tetapi pesakit yang disahkan positif barangkali tidak akan dapat bertemu dengan mana-mana ahli keluarga sepanjang tempoh kuarantin.

Dan jikalau pesakit disahkan meninggal dunia disebabkan wabak berkenaan, ahli keluarga tetap tidak dapat bertemu dengan pesakit, malah upacara pengkebumian juga perlu dijalankan secara tertutup.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Jadi, boleh bayangkan tak bagaimana perasaan gadis ini yang perlu berhadapan dengan situasi tersebut?

Seorang gadis yang bernama Aishah menceritakan detik pilu di mana dia sekeluarga menggigil setelah mendapat tahu bahawa bapanya disahkan positif Covid-19.

"Menggigil satu badan bila dapat tahu abah positif Covid-19," tulisnya.

"Tak selera nak makan, tak tahu nak buat apa, termenung. Tambah gigil bila tengok abah naik ambulans."

Menurut Aishah, seluruh ahli keluarganya perlu menjalani saringan Covid-19

Aishah pada masa yang sama turut mendoakan agar mereka sekeluarga mendapat keputusan yang baik dalam ujian saringan tersebut.

"Satu keluarga pergi buat ujian. Semoga keputusan baik-baik saja. Doakan abah cepat sembuh," tulis Aishah lagi.

Tweet Aishah itu telah mendapat 37 ribu ulang kicau ketika artikel ini ditulis. Lihat perkongsian penuh di bawah:

Susulan itu, ramai netizen turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Aishah sekeluarga:

Allahu, semoga Aishah sekeluarga dibebaskan daripada wabak Covid-19. Sama-sama kita doakan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: