seismik

METMalaysia Beri Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di Kawasan Lembah Klang Hari Ini

Amaran itu dikeluarkan apabila ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam dijangka berlaku selama lebih sejam.

Cover image via Bernama/Astro Awani & Kosmo

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi beberapa negeri hari ini

Menurut satu kenyataan di Facebook pada 11 pagi hari ini, METMalaysia memberi amaran cuaca buruk dijangka berlaku di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat)  dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur" katanya.

Menurut METMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam dijangka berlaku selama lebih sejam.

Kenyataan terkini mendapati Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, dan Kampar di Perak berkemungkinan akan mengalami ribut juga

Sementara itu, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau) di Sarawak juga mungkin mengalami hujan lebat sehingga 4 petang hari ini.

Lihat kenyataan terkini di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: