seismik

[VIDEO] "Terkejut" - Aksi Budak Perempuan Kena Paksa Habiskan Kuih Raya Ini Undang Tawa

Ending dia memang kelakar.

Cover image via @isyaakopisongkok (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kuih raya merupakan tradisi Hari Raya Aidilfitri bagi menjamu tetamu yang datang

Namun, pasti ada sahaja kuih raya yang tidak habis mungkin disebabkan terlalu banyak kuih raya yang dihidang. Oleh sebab itu, tuan rumah lah yang kena habiskan baki kuih raya.

Begitu juga dengan satu video yang tular di TikTok, berkenaan seorang budak perempuan dipaksa habiskan kuih raya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula-mula tak nak habiskan kuih, tetapi akhirnya makan juga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @isyaakopisongkok di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan kena paksa habiskan baki kuih raya.

Apa yang menghiburkan hati ramai adalah reaksi garang budak perempuan itu menolak pelawaan tersebut.

Namun, lebih menghiburkan lagi adalah apabila dia akhirnya makan kuih raya tersebut selepas disuap ala-ala helikopter.

“Kau buat apa kat budak tu wehh… lawak sound yg last tu” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.7M views, 201.8K likes dan 4,832 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi budak perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terkejut admin tengok video adik ni! :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: