seismik

Miliki 6 Kotak Media 'iBoite-X' Aplikasi Astro Secara Haram, Wanita Ini Didenda RM30,000

Tertuduh didenda RM5,000 bagi setiap kesalahan dan dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda.

Cover image via Lelong.my & Astro Awani

Seorang wanita berusia 40-an didenda RM30,000 selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memiliki enam unit kotak media berjenama iBoite-X

Menurut laporan, tertuduh, Ng Lee Lee, 46 yang juga pengarah syarikat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.

Walau bagaimanapun, tertuduh dijatuhi hukuman denda RM5,000 bagi setiap kesalahan dan dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh diwakili peguam Low Li Qun manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi.

Image via Astro Awani

Terdapat perisian MyTV.apk iaitu satu sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara haram perkhidmatan siaran Astro dalam kotak media itu

Tertuduh sebelum ini ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia (JSJK) Bukit Aman di Taman Putra Prima, Puchong pada 12 Disember 2019.

Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bahgiaan Penguatkuasaan KPDNHEP, serta pegawai Measat Broadcast Network System Sdn Bhd.

Pemeriksaan di lokasi serbuan membawa kepada penemuan enam kotak media berjenama iBoite dan iBoiteX.

Hasil laporan forensik terhadap enam kotak media itu, terdapat perisian MyTV.apk iaitu satu sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara haram perkhidmatan siaran Astro.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Lelong.my

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: