seismik

'No More Solo Travel' - Dua Bulan Terkandas Di Ecuador, Fariz Akhirnya Selamat Pulang

Berhati-hati dengan sindiket atau 'scammer'. Mereka ada di mana-mana.

Cover image via SAYS via Harian Metro

Seorang rakyat Malaysia, Muhammad Fariz R Azli, yang terkandas hampir dua bulan di Ecuador telah selamat pulang ke tanah air semalam

Muhammad Fariz R Azli bersama ibunya di KLIA pada 26 Januari 2017.

Image via BERNAMA

Pesawat Malaysia Airlines dari Quito, Ecuador yang dinaiki Fariz selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Januari 2017 jam 6 petang.

Kepulangannya disambut ibu, Maszita Hussin, 46, serta adik-beradik yang lain dalam suasana yang sangat sebak bercampur gembira.

Fariz dilihat sukar menyembunyikan perasaan sedih sebaik dapat mendakap ibunya setelah tidak bertemu selama hampir dua bulan.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Fariz boleh terkandas di Ecuador?

Kedudukan Ecuador di dalam benua Amerika Selatan.

Image via boxturtlebulletin.com

Menurut Fariz, beliau terkandas di sana akibat ditipu oleh sindiket. Pada mulanya, beliau telah ditawarkan tiket 'percuma' untuk datang bercuti di Ecuador oleh seorang individu.

Namun begitu, tiket 'percuma' tersebut adalah helah semata-mata. Semasa berada di sana, Fariz diminta untuk membawa pulang satu 'barangan' tanpa diberitahu tentang isi kandungannya untuk diseludup masuk ke Malaysia.

Fariz bagaimanapun enggan memenuhi permintaan tersebut. Ekoran keengganannya itu, beliau telah ditinggalkan di Guayaquil.

Terdahulu pada 5 Januari 2017, Wisma Putra telah memaklumkan mengenai berita ini kepada umum menerusi satu status di Facebook

Dalam status berkenaan, Wisma Putra menceritakan secara terperinci tentang apa yang terjadi kepada Fariz. Baca di bawah:

RAKYAT MALAYSIA TERKANDAS DI ECUADOR

Kementerian Luar Negeri telah dimaklumkan mengenai Encik Muhammad Fariz bin R. Azli, yang terkandas di Quito, Ecuador, susulan dari keengganan beliau untuk membawa ‘barangan’ untuk diseludup ke Malaysia. Perkara ini sekarang dikendalikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile yang juga diakreditasi ke Ecuador.

Encik Muhammad Fariz (24 tahun) telah berada di Guayaguil, Ecuador selama hampir sebulan setengah sebelum menghubungi pihak Kedutaan Besar melalui saluran Facebook Kedutaan Besar pada 26 Disember 2016.

Beliau yang berasal dari Pahang, menjelaskan bahawa beliau ke Guayaquil, Ecuador atas urusan kerja. Semasa perjalanan pulang ke Malaysia, beliau telah diminta untuk membawa ‘barangan’ yang disyaki untuk diseludup masuk ke Malaysia. Berikutan keengganan beliau untuk memenuhi permintaan tersebut, beliau telah ditinggalkan di Guayaquil.

Dalam hal ini, pihak Kedutaan Besar telah mengambil tindakan segera dengan menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Ecuador bagi menyalurkan bantuan konsular segera dengan memberi duit poket dan tiket penerbangan dari Guayaquil ke Quito kerana beliau telah mempunyai tiket untuk pulang ke Malaysia bertarikh pada 28 Disember 2016 dari Quito. Walau bagaimanapun, tiket tersebut didapati palsu dan telah mengakibatkan beliau kini terkandas di Quito.

Pada mulanya beliau ditinggalkan di Guayaquil. Kemudian, setelah tiba di Quito untuk pulang ke Malaysia, tiket penerbangan yang diberi kepada beliau adalah palsu.

Image via Sonesta

Pihak Kedutaan Besar selanjutnya telah menghubungi ayah Encik Muhammad Fariz bagi memaklumkan kejadian tersebut dan sedang dalam usaha membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Buat masa ini, beliau tinggal bersama keluarga yang dikenali oleh Kedutaan Besar sehingga beliau memperolehi tiket pulang ke Malaysia. Bantuan ini dihulurkan melalui ikhtiar dan inisiatif Kedutaan Besar sendiri.

Kedutaan Besar mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan dan menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang ingin ke luar negeri atas tujuan melancong mahu pun atas urusan kerja hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada terutamanya, apabila ditawarkan tiket percuma dan ganjaran lumayan oleh pihak tertentu yang menjalankan sindiket penyeludupan.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya memaklumkan kepada ahli keluarga atau rakan karib apabila ingin melancong ke luar negara. Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai urusan kerja bagi tempoh yang singkat atau pun panjang juga dinasihatkan untuk berbuat demikian dan mendaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat. Rakyat Malaysia boleh melayari Portal Wisma Putra (www.kln.gov.my) bagi mendapatkan maklumat Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri.


KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI SANTIAGO, CHILE
5 JANUARI 2017

Fariz melalui Facebook peribadi yang diberi nama Farish Putra turut memuat naik gambar beliau tinggal bersama wakil kedutaan Malaysia di sana pada 4 Januari lalu

Sepanjang berada di Ecuador, Fariz hanya makan roti dan pisang dan kadangkala nasi yang diberi pekerja hotel di tempatnya menginap

Beliau bersyukur tragedi yang menimpa dirinya ini menjadi viral di media sosial hasil usaha anggota keluarga dan rakan-rakan termasuk temannya dan mereka membantunya dengan mengutip derma bagi membolehkan beliau pulang ke Malaysia.

Ibu Fariz, Maszita berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kedutaan Malaysia di Chile selain keluarga serta rakyat Malaysia turut membantu dari segi sumbangan wang ringgit.

"Saya bersyukur anak saya pulang dengan selamat dan saya berterima-kasih kepada semua pihak dalam usaha membantu Fariz," katanya.

Saksikan video kepulangan Fariz dari BH Online di bawah:

Terkandas di Ecuador, makan roti dan pisang

[VIDEO] Terkandas di Ecuador, makan roti dan pisang

Posted by Berita Harian Online on Thursday, January 26, 2017

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap mengenai terkandas semasa melancong...

Penting juga untuk anda tahu jenis travel scams yang semakin menular pada masa kini. Stay safe people!

You may be interested in: