seismik

Nabil Mohon Maaf Lepas Dihentam Netizen Gara-Gara Didakwa Cuba 'Backup' Ustaz Selebriti

Untuk rekod, Nabil dikritik hebat oleh netizen baru-baru ini selepas dikatakan cuba mempertahankan segelintir ustaz selebriti.

Cover image via @nabilzira (Instagram) & MeleTOP (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, pelawak dan pengacara terkemuka tanah air, Nabil Ahmad hari ini tampil memohon maaf susulan kenyataan yang dilontarkannya dalam sebuah program bual bicara terkenal baru-baru ini dikritik hebat oleh netizen di media sosial

"Assalammualaikum semua, saya Nabil Ahmad, dibulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.

"Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Segala yang baik datangnnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri," katanya dalam satu posting yang dimuat naiknya di Instagram.

Terdahulu, Nabil menerima kecaman ramai apabila didakwa cuba mempertahankan seorang pendakwah selebriti yang kini 'direhatkan' daripada program kendaliannya di RTM.

Secara spontan, Nabil berkata, dia percaya kini ramai kalangan agaman sedang dilanda ujian sehinggakan ada antara mereka cuba 'disenyapkan' dengan tindakan direhatkan daripada terlibat mana-mana program.

"Sekarang ini kita sedang melalui satu zaman di mana ustaz-ustaz kita sedang diuji" - Nabil Ahmad

"Cakap pasal pergorbanan, tanggungjawab (sempena sambutan hari raya Aidiladha.

"Orang-orang baik sedang diuji. Sekarang ini banyak ustaz-ustaz juga direhatkan bila mana ada orang terlebih bijak pandai buat hasutan.

"Padahal benda itu ada kebenarannya. Kalau tak ada pun, mungkin boleh dibincangkan dengan cara yang baik. Tetapi para asatizah dan ustaz-ustaz sekarang diuji sedangkan mereka sedang berkorban masa, jiwa, keluarga demi nak berdakwah kerana agama," katanya.

Sebagai rekod, program bual bicara terkenal, MeleTOP di saluran Astro baru-baru ini turut menampilkan tetamu undangan seperti Ustaz Harry, Namie dan Pencetus Ummah (PU Amin).

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: