seismik

Nadir Al-Nuri Kongsi Mesej Terakhir Siti Sarah Sempat Buat Amalan Ibadah Korban Di Gaza

Al-Fatihah buat beliau.

Cover image via Nadir Al-Nuri (Facebook) & @sitisarahraissuddin (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hari ini kita semua dikejutkan dengan pemergian penyanyi popular tanah air iaitu Siti Sarah Raisuddin

Bukan saja keluarganya yang terkesan dengan pemergian ini, tetapi seluruh rakyat Malaysia meratapi kehilangannya.

Terbaru, rakyat Malaysia yang menetap di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri berkongsi perbualan terakhirnya di Facebook bersama penyanyi itu ketika sambutan Aidiladha yang lalu.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Allahyarhamah sempat tunaikan amalan bantu rakyat di Palestin

Menerusi perkongsian tersebut, Nadir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia memberitahu penyanyi itu telah menghubunginya melalui direct message (DM) di Instagram untuk menyampaikan hajatnya mengorbankan seekor lembu di negara berkenaan.

"Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir"

"Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini," tulisnya di Facebook.

Selamat lahirkan bayi lelaki, beliau meninggalkan empat orang cahaya mata

Sarah juga ada memberitahunya agar perkara itu tidak diheboh-hebohkan. Malah, penyanyi lagu Semakin itu sering bertanyakan khabar tentang keadaan saudara-saudara yang berada di Palestin.

Siti Sarah Raisuddin, 37, telah menghembuskan nafasnya pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 6 Ogos lalu.

Allahyarhamah sempat menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pada hari yang sama dan diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah bersama suami yang juga dikenali sebagai pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

"Kematian syahid yang semua orang cemburu, insan istimewa yang terpilih" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih mereka dengan pemergian penyanyi tersebut. Malah, ramai yang mendoakannya agar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 39K likes, 4.1K comments dan 28K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Sama-sama kita panjatkan doa semoga Allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: