seismik

"Naik Syeikh" - Member Sengaja Susun Songkok Atas Kepala Rakan Tengah Tidur Curi Tumpuan

"Jadi tauke songkok" - Netizen

Cover image via @din.404 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak memori dan kenangan boleh diimbau kembali semasa zaman persekolahan dulu

Iyalah, zaman dulu yang masih nakal dan ingin cuba setiap perkara. Zaman itu kita juga mempunyai ramai kawan yang kepalanya masuk air sehingga banyak perkara lucu yang terjadi dan disimpan sebagai memori.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan pelajar lelaki cuba mengusik rakan sekelasnya yang sedang tidur telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sengaja susun songkok atas kepala member yang tengah tidur

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang mengusik rakan yang sedang tidur di dalam kelas.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila geng lelaki itu cuba untuk menyusun songkok ke atas kepala rakan yang tidur itu sehingga menjadi seperti menara tingginya. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila rakan yang tidur itu masih tidak sedar dan tidak terjaga walaupun diusik rakannya.

"Ni kalau org pergi haji 10 kali pun tak boleh lawan dia punya title ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 793K tontonan, 151K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian member tu betul-betul nyenyak dia tidur! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: