"Tolak Sekeras-Kerasnya" - Najib Razak & Faizal Tahir Tentang Tindakan Trump Habis-Habisan
Pengumuman tersebut menyebabkan rusuhan di Baitulmaqdis.
Semalam, dalam satu ucapan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengisytiharkan Baitulmaqdis adalah sebagai ibu negara Israel
Tindakan yang dibuat Trump nampaknya mendapat tentangan dari ramai pihak dan menyebabkan berlakunya rusuhan di bandar itu.
Menurut laporan AJ+, dilaporkan sekurang-kurangnya seramai 49 orang telah tercedera.
Tensions are boiling over in the occupied Palestinian territories after President Trump's statement on Jerusalem. pic.twitter.com/nrcFQCmTwS
— AJ+ (@ajplus) December 8, 2017
Trump mengumumkan pentadbirannya akan memulakan proses memindah kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang dijangka ambil masa bertahun. Tindakan itu tidak pernah diambil oleh presiden terdahulu untuk mengelakkan ketegangan.
Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ramai penduduk Islam, Yahudi dan Kristian, dan statusnya menjadi cabaran terbesar dalam mencapai persetujuan damai antara Israel dan Palestin.
Terkesan dengan tindakan tersebut, penyanyi popular tanah air, Faizal Tahir melalui laman Twitter meluahkan rasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku
"Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.
"Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump." tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.
Tweet Faizal Tahir itu telah mendapat lebih daripada 8 ribu retweet ternyata rakyat Malaysia sama-sama menyokong tindakannya itu.
Selain Faizal Tahir, seorang social media influencer, Caprice turut menyuarakan rasa marah dan sedihnya terhadap Trump
Dia yang sering memuatnaik video tentang pendapatnya mengenai satu-satu isu itu kali ini kelihatan sangat emosi dan mengalirkan air mata ketika meluahkan pandagannya.
Dari nada suara Caprice, jelas menggambarkan dia berasa marah dan sangat kesal. Dia juga meminta Dato' Seri Najib Razak untuk sama-sama menentang tindakan itu dan menyampaikan hasrat seluruh umat Islam kepada Donald Trump.
Orang ramai menyokong tindakannya dan juga berhasrat Najib Razak dapat bersama-sama menyelar tindakan yang dilakukan Trump.