seismik

"Nak Elak Dia Ngantuk" - Isteri Buat Waze Guna Suara Sendiri Untuk Suami Ini Curi Tumpuan

Bolehlah cuba.

Cover image via @dianjaunahcantikkaya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Penunjuk arah jalan seperti aplikasi waze adalah sangat diperlukan pada zaman sekarang kerana ia lebih memudahkan jika kita berada di tempat yang jarang dilalui

Malah, ia juga boleh menunjukkan jika tempat yang kita lalu itu sesak ataupun terdapat polis. Kebiasaannya kita akan mendengar suara perempuan dalam bahasa lain seperti english untuk menunjukkan jalan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi bagaimana caranya jika anda ingin menukar suara asal penunjuk jalan itu kepada suara sendiri telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dianjaunahcantikkaya

Nak elak dia ngantuk sbb selalu drive keje jauh

original sound - DianJaunahCantikKaya

Ajar tutorial macam mana nak set suara sendiri dalam waze

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi sedikit sedutan video ketika suaminya sedang memandu menggunakan waze sambil kedengaran suaranya yang memberi arahan.

Menurutnya, ia adalah untuk mengelakkan suaminya merasa mengantuk ketika memandu. Disebabkan itu dia menukar kepada suara asal kepada suaranya. Suaminya juga kelihatan seperti suka dan bersemangat ketika memandu.

Dia kemudian menunjukkan bagaimanakah caranya membuat perkara tersebut dengan step by step untuk lebih jelas.

"Wah menarik, nak cubalah buat untuk husband" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka mengenainya dan ramai juga yang tidak sabar mahu buat untuk pasangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47.6K views, 5,491 likes dan 142 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Menarik ni, boleh lah cuba juga nanti untuk pasangan korang :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: