seismik

Nenek Terkejut Jumpa Mayat Cucu Dalam Mesin Basuh Di Ipoh

Budak lelaki itu ditemukan dalam keadaan tak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Cover image via ALHIJRAH ONLINE & Utusan Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang nenek menemukan cucunya berumur enam tahun dalam mesin basuh di sebuah rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ada bersama ahli keluarganya yang lain di dalam rumah sebelum ditemukan mati di dalam mesin basuh oleh neneknya, kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata laporan mengenai kematian kanak-kanak lelaki itu diterima jam 11.44 pagi daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa dari rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi.

Image via Sinar Harian

Punca kematian akibat kecederaan di kepala terkena objek tumpul

"Mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian. Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia jam 11.02 pagi ini (Isnin)," katanya.

Hasil bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB, ia mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: