seismik

Netizen Komen Video Sean Lee Try Hard Nak Jadi Macam Jungkook BTS - "Tarian Tak Kena Lagu"

Isu apa pula dah ni.

Cover image via @warnermusicmy (TikTok) & HYBE LABELS (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon, Sean Lee telah mengeluarkan single pertamanya berjudul 'Tak Sanggup Terima'

Tidak dinafikan, Sean Lee memang mempunyai bakat berlakon dan mengacara, dan disebabkan itu mungkin dia mengambil peluang untuk mencuba benda yang baharu.

Difahamkan, lagunya yang berjudul 'Tak Sanggup Terima' itu telah pun keluar di pelbagai platform digital. Malah, lagunya itu juga mempunyai tarian tersendiri.

Namun, video tariannya di TikTok pula mendapat kritikan ramai kerana dikatakan terlalu 'try hard'.

Jungkook dalam muzik video lagunya, 'Standing Next To You'.

Image via HYBE LABELS (YouTube)

Menerusi video tersebut, Sean Lee menunjukkan gaya dan gerakan tariannya menerusi lagu tersebut.

Namun, dia mendapat kritikan hebat kerana ramai yang mendakwa tarian itu seakan seperti lagu daripada Jungkook BTS berjudul 'Standing Next To You'.

Bukan itu saja, netizen juga mendakwa pakaian yang dipakainya hampir sama seperti Jungkook BTS itu.

*"Tarian tak kena dengan lirik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen ramai memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.6K views, 1,584 likes dan 369 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@warnermusicmy Oppa! Aduh, nak heart eyes for the song, dance, or visuals ni? We can't choose! Korang, jom try this dance on TikTok. Mana tahu boleh nampak macam korean jugak #TakSanggupTerima #SeanLee Tak Sanggup Terima - Sean Lee

Hari tu netizen kaitkan dengan Amir Ahnaf, ini Sean Lee pula :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: