seismik

Gadis Ini Dipuji Berniaga 'Custom-Made IC' Untuk Haiwan Peliharaan. Cool Gila!

Senang nak cari kalau kucing hilang nanti.

Cover image via @farhanakudzaime (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang ada haiwan peliharaan, sudah pasti sering berhadapan dengan masalah kucing atau anjing hilang bukan?

Tambahan pula jika warna badan haiwan peliharaan itu lebih kurang sama dengan haiwan orang lain, pastinya ia akan lebih menyukarkan anda untuk mencari jika mereka hilang.

Justeru, baru-baru ini tular seorang gadis telah mengambil inisiatif dan idea untuk membuat kad pengenalan (IC) custom-made bagi haiwan peliharaan.

Perkongsian gadis tersebut telah berjaya mendapat perhatian ramai kerana IC kucing di dalam ciapannya di Twitter sangat comel.

Lihat ciapan penuh berkenaan di bawah:

Sebijik macam IC rakyat Malaysia, siap ada jenis baka dan nama owner

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @farhanakudzaime, dia telah berkongsi beberapa keping foto contoh IC yang dia buat untuk kucingnya. 

Dengan kapsyen "Comelnya! Pets pun boleh buat IC. Kindly DM me if you're interested", ia telah mencuri tumpuan warganet khususnya mereka yang memelihara kucing.

IC custom-made itu lengkap dengan nama penuh kucing, jenis baka, jantina, nama tuan, tarikh lahir dan juga emergency contact number sekiranya kucing hilang.

Dengan adanya IC tersebut, ia memudahkan anda untuk menggantung sekali tali pada leher kucing.

"Ya Allah bijaknya idea meniaga, terbaiklah!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah mendapat 3.9K retweets, 7.6K likes dan 488 quote tweets di Twitter.

Rata-rata warganet turut teruja melihat IC custom-made itu dan ramai yang tidak sabar nak membelinya untuk kucing kesayangan mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Apa tunggu lagi guys? Cepat buat satu IC untuk si comel ni ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: