seismik

"Noh Rokiah" - Selamba Minum Susu Sendiri, Aksi Orang Utan Ini Bikin Netizen Terhibur

Buat hal lah Rokiah ni.

Cover image via @ceykeysss (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, memang best kalau sekali-sekala kita dapat berkunjung ke zoo dan melihat macam-macam aksi haiwan di sana betul tak?

Lagi-lagi kalau mereka yang ada anak kecil. Sudah pasti mereka seronok dapat melihat dan berinteraksi dengan pelbagai haiwan di depan mata.

Namun, lain pula dengan situasi yang berlaku kepada seorang gadis ini semasa dia merakam orang utan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bukan main berteduh guna daun, sempat pula minum susu sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ceykeysss, kelihatan orang utan yang berada di pokok itu sedang mengunyah makanannya. Manakala, seekor lagi sedang berehat di rumput sambil berteduh di bawah daun.

Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila aksi orang utan yang sedang berteduh itu dengan selamba meminum susunya sendiri.

Lebih melucukan lagi, ramai mengatakan ia merupakan Rokiah iaitu orang utan yang popular di zoo tersebut selepas tular sebuah video di laman TikTok sebelum ini.

"Yang berteduh tu memang kelakar. Hahaha pernah nak ambik gambar dia, dia sengih" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 861.6K tontonan, 83K tanda suka serta 8.9K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi spontan orang utan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau ye pun dahaga cover-cover lah sikit, adoi lawaklah! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: