seismik

Pakej Gaya Kerja Pintar Dengan Pelan Ansuran HUAWEI Ini Memang Berbaloi. Boleh Cuba!

HUAWEI ni makin lama makin power!

Cover image via HUAWEI Malaysia

Perubahan gaya hidup yang semakin pantas menjadikan gajet atau peranti elektronik sebagai sesuatu yang mesti dimiliki oleh semua orang

Bayangkan dengan gajet seperti telefon pintar, laptop dan jam tangan pintar dapat membantu anda untuk berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana anda berada.

Tak ke lebih mudah?

Miliki peranti HUAWEI dengan harga terbaik!

Image via HUAWEI

Melihat kepada trend segalanya di hujung jari, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Together 2020 Business Elite Package di mana anda boleh miliki peranti HUAWEI yang terkini secara ansuran pada harga yang berpatutan. Dapatlah optimumkan kerja dengan peranti baru.

Lagi-lagi untuk anda yang ada bisnes sendiri. Pakej ini dapat membantu perniagaan anda untuk sentiasa satu langkah ke depan dengan penggunaan peranti HUAWEI yang berteknologi tinggi dan mudah dihubungkan hanya dengan pautan bluetooth sahaja.

Jom lihat sendiri apa yang menarik dengan pakej Kombinasi Gaya Kerja Pintar yang ditawarkan pada harga RM25.69/sehari ini.

Sambungan lancar antara peranti. Wah, menarik habis!

1. Mate 30 Series

Image via HUAWEI

Buat yang sentiasa on the go, semestinya perlukan peranti yang menyokong gaya pekerjaan anda. Tak kiralah bekerja di pejabat atau sentiasa mengembara, pastikan anda memiliki Mate 30 Series ini untuk melancarkan kehidupan.

HUAWEI Mate 30 Series merupakan telefon pintar pertama di dunia yang memiliki kamera dengan 40MP Cine. Melalui lensa ini, Mate 30 Series mampu merakam video dan gambar yang sangat berkualiti.

Bukan itu sahaja, HUAWEI Mate 30 Series juga mempunyai sistem semula jadi yang dibina untuk menyesuaikan kelantangan bunyi, mengambil selfie atau menikmati kawalan quad-finger games dengan interaksi sentuhan sisi yang inovatif.

HUAWEI Mate 30 Series dilengkapi ciri interaktif ‘AI private view‘ yang berfungsi dengan isyarat kawalan khusus daripada pengguna dan secara tak langsung membantu memudahkan kerja di samping menjaga privasi walau di mana anda berada.

Paling syok, HUAWEI Mate 30 Series dibina untuk menyokong bateri berkapasiti tinggi supaya telefon pintar tahan lebih lama. Proses pengecasan dengan teknologi HUAWEI SuperCharge 40W dengan pengecasan pantas tanpa wayar yang mencecah sehingga 27W pastinya membantu melancarkan kehidupan.

2. HUAWEI MateBook 13

Image via HUAWEI

Perlukan pasangan untuk peranti telefon pintar pada masa yang sama membantu urusan kerja? HUAWEI Matebook 13 Series ini merupakan jawapan terbaik untuk anda.

HUAWEI Matebook 13 Series dibina dengan keupayaan memindahkan dan sync kerja anda dengan mudah dari telefon pintar ke komputer riba HUAWEI hanya dengan satu tap saja.

Selain itu, anda boleh mengawal peranti dengan menyambungkan telefon pintar dengan komputer riba sahaja. Jadi, anda akan lebih fokus kepada satu peranti semasa bekerja Lebih menarik, dengan penyambungan peranti HUAWEI ini, anda masih lagi boleh gunakan telefon pintar walaupun sedang menggunakan komputer riba dengan kombinasi multi-skrin.

Tak ke power tu?

Lengkapkan gaya hidup pintar anda dengan peranti pintar HUAWEI yang stylo!

1. Watch GT 2

Image via HUAWEI

Macam mana nak bersukan atau melakukan aktiviti lasak tapi dalam masa yang sama nak enjoy the moment dan rakam detik itu? Apa kata anda cuba gandingkan HUAWEI Mate 30 Series dengan jam tangan pintar Watch GT 2.

Watch GT 2 ini direka khas bagi anda yang mempunyai gaya hidup aktif. Teknologi jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pemantau kesihatan dan penjejak kadar degupan jantung. Anda boleh pasangkan bersama telefon pintar HUAWEI bagi memastikan anda peka dengan keadaan kesihatan anda.

Apa yang menariknya pasal Watch GT 2 ialah keupayaanya untuk membuat dan menjawab panggilan telefon tanpa kewujudan telefon pun. Jadi bila anda pergi bersukan, tak perlu nak bawa banyak-banyak peranti. Hanya sambungkan Watch GT 2 dengan telefon pintar HUAWEI dan anda boleh buat atau jawab panggilan dengan mudah. Siap boleh mainkan muzik melalui pergelangan tangan lagi.

2. FreeBuds 3

Image via HUAWEI

Mendengar muzik menggunakan earphones merupakan satu kemestiaan. Lebih-lebih lagi ketika berkerja atau ketika tak mahu diganggu. Tapi earphones biasa masih tak mampu menghalang bunyi luar daripada mengganggu.

Sebab itulah HUAWEI memperkenalkan Freebuds 3 dengan ciri pintar yang membantu anda menikmati muzik mengikut keselesaan pendengaran masing-masing. Reka bentuknya yang ringkas dan trendy pasti memberikan keselesaan ketika penggunaan jangka masa yang panjang.

HUAWEI FreeBuds 3 direka dengan pautan pemilihan saluran bluetooth melalui algoritma yang mampu mengesan peranti sambungan dengan pantas, selain keupayaan utama yang dimiliki iaitu noise cancellation yang boleh membatalkan atau menghalang bunyi luar daripada mengganggu.

HUAWEI penyelesaian kepada gaya hidup pintar!

Image via HUAWEI

Bagaimana? Menarik bukan Kombinasi Gaya-Kerja Pintar ini?

Sebenarnya, ada banyak lagi pakej-pakej menarik daripada HUAWEI yang boleh digayakan dengan personaliti dan gaya hidup dengan harga yang bermula serendah RM8.97/sehari sahaja. Paling menarik, kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ini, 0% interest!

Image via HUAWEI

Jadi apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah dapatkan pakej-pakej yang gempak ini. 

Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ini.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

HUAWEI memang semakin hari semakin hebat!

You may be interested in: