Pelik Tapi Benar, 'Udara' Dari Konsert Billie Eilish Ini Dijual Pada Harga Hampir RM48K!
Gila betul, udara pun boleh jual ya.
Seperti yang kita tahu, penyanyi antarabangsa berbakat iaitu Billie Eilish baru saja mengadakan konsert di Malaysia beberapa hari lalu
Tidak dinafikan, sambutannya sangat meriah dan luar biasa. Malah, ramai peminat beratur sejak pukul empat pagi di luar stadium semata-mata untuk berjumpa artis kesayangan mereka itu.
Selepas mengadakan konsert di Malaysia, Billie meneruskan pula jelajah konsertnya di Singapura.
Namun, tular pula sebuah laporan dari mothership.sg baru-baru ini yang mengatakan ada individu yang menjual udara dari konsert Billie Eilish dengan harga yang sangat mahal di Carousell.
Lihat gambar itu di bawah:
Jual udara dari konsert Billie Eilish dengan harga S$15,000
Menerusi laporan daripada mothership.sg, individu tersebut dikatakan mengambil kesempatan menjual 'udara' di dalam plastik dengan harga S$15,000 atau kira-kira RM48,000.
Menurut si penjual, dia berdiri sangat hampir dengan pentas di konsert itu dan berkesempatan mengambil udara nafas Billie Eilish. Individu berkenaan turut memuat naik foto ketika di konsert berkenaan yang menunjukkan Billie Eilish berada betul-betul di depannya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila si penjual turut memberikan jaminan bahawa plastik bungkusan tersebut diletakkan di dalam balang untuk elakkan udara itu bocor.
Bahaya juga kalau terlalu obses dengan artis ni. Sampai udara pun buat jual. Agak-agak ada ke orang nak beli?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!