seismik

Pemandu Grab Hilang Sejak Jumaat Rupanya Dibunuh Dan Mayat Dicampak Dalam Semak

Kejadian berlaku di Tuaran, Sabah.

Cover image via Harian Metro

Misteri kehilangan pemandu Grab sejak Jumaat lalu akhirnya terbongkar setelah mayatnya ditemui di dalam semak oleh pihak Polis

Mangsa, Mohd Hanafiee Jaafar

Image via NST

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Mohd Hanafiee Jaafar dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar di Tuaran, Sabah.

Siasatan mendapati bahawa mangsa membawa kedua-dua suspek kira-kira 4 pagi, Jumaat lalu, dari Kingfisher ke Tuaran.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah berkata polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki di kawasan parkir 1 Borneo, di Kota Kinabalu, 9.50 malam tadi (27 Mei 2019).

“Siasatan juga didapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan," katanya.

Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Shahbandar

Image via Berita Harian

“Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan salah seorang adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi.

Lebih memilukan, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan mereput

Image via NST

“Ahli keluarga pemandu Grab sudah dipanggil untuk pengecaman tetapi mereka gagal membuat pengecaman bahawa itu adalah pemandu Grab kerana keadaan mangsa yang mulai reput.

“Oleh itu, kita akan menggunakan kaedah lain dengan menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti mayat itu adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang," jelasnya.

Ahad lalu, kereta dipercayai milik Mohd Hanafiee ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, dengan kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Kereta mangsa dipenuhi kesan darah

Image via Harian Metro
Image via Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mac lalu, negara digemparkan dengan berita kematian kanak-kanak 3 tahun Nur Aisyah Aleya di Langkawi:

Leave a comment