[VIDEO] Salah Seorang Bibik Aliff Syukri Telah Ditemui, Kantoi Pergi Jual Tudung Di KL
Tetapi masih tetap tak mengaku mencuri.
Viral baru-baru ini di laman Facebook apabila usahawan terkenal, Dato' Aliff Syukri memuat naik beberapa video mendedahkan kes kecurian yang dilakukan oleh 3 orang pembantu rumahnya
Situasi dalam dua buah video berdurasi 11 minit 28 saat dan 8 minit 28 saat setiap satu itu tampak begitu tegang dan menurut Dato Aliff Syukri, salah seorang daripada mereka baru saja bekerja selama sebulan.
Bagaimanapun, kemudiannya Dato' Aliff Syukri memuat naik satu lagi video. Kali ini mengenai penjelasan sebenar kes tersebut bersama seorang agen pembantu rumah yang dikenali sebagai Puan Era
Dalam video tersebut, beliau turut memohon maaf kerana menimbulkan kekecohan dan kerana bersikap kasar kepada pembantu rumahnya itu.
Lihat video di bawah:
Igatkan segalanya telah selesai. Namun, semalam beliau telah memuat naik satu gambar di laman Facebook memberitahu ketiga-tiga pembantu rumahnya itu telah melarikan diri
Attention guys!! This is the special message..this is THE MOST WANTED PERSON in Malaysia and the world... If you guys can share and help me to catch this people I will give you guys special REWARDS .. This people stole my thousand Dollar watch, my beautiful rings and the most important things they took my Infiniti value of money.. Please, please help me.. !!! And please contact my manager 0103636494 for further details!!! Thank you for your kindness!!!! kerjasama dari anda yg share kan gambar mereka ini amat saya hargai jgn biarkan penjenayah berlegar dikawasan anda dan melakukan perkara yg sama no baru ni hp sy juga di curi
facebook.comDalam laporan Harian Metro semalam, Dato' Aliff Syukri dikatakan sanggup beri ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya tiga pembantu rumahnya itu.
Ketika dihubungi beliau berkata, dia sangat kecewa dengan perbuatan dilakukan pembantu rumahnya itu menyebabkan wang tunai, barang kemas dan jam ‘lesap' dalam kejadian di rumahnya Kampung Damai Kuang.
“Saya terpaksa bermalam di hotel kerana serik dengan kejadian ini. Telefon saya juga turut dicuri.
"Tidak sangka pembantu rumah warga Indonesia itu sanggup mencuri pelbagai barang walaupun saya dan isteri layan mereka dengan baik," katanya yang sudah membuat laporan polis semalam.
TERKINI: Baru saja tadi, Dato' Aliff Syukri merakam live video di FB miliknya. Seorang pembantunya yang melarikan diri telah ditemui
Pembantu rumahnya itu telah dijumpai oleh tiga individu di sebuah kedai menjual tudung.
Bagaimanapun, ketika ini beliau belum lagi memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Tonton video tersebut di bawah: