Rombongan Ke Bazar & 7 Lagi Pengalaman 'Best' Berpuasa Di Sekolah Berasrama
Mesti korang rindu kan?
Bulan puasa ialah bulan yang penuh barakah, mesti semua dah tak sabar fikir nak berbuka apa esok
Tipulah kalau korang tak rasa teruja bulan puasa hampir menjelang. Bulan yang penuh keberkatan lah katakan. Bagi setiap individu, pasti korang pernah melalui pengalaman menarik ataupun pahit pada Ramadan sebelum ini kan?
Begitu juga buat pelajar yang pernah tinggal di asrama satu masa dahulu, bila datang saja bulan Ramadan, pasti akan terbayang-bayang di ruang minda kisah pengalaman berpuasa di asrama dulu.
1. Sahur paling simple
Waktu sahur ialah waktu yang paling dibenci sewaktu di asrama dulu. Nak bangun sebelum subuh, siap-siap lepas itu kena beratur lagi nak ambil makanan. Belum Subuh lagi tau, dah pening kepala kalut nak makan. Jadi untuk elakkan semua kekalutan pagi-pagi, pelajar asrama ni mesti dah beli makanan awal-awal dari koperasi. Tak payah nasi dan lauk, milo dan roti atau biskut kering pun dah cukup. Janji isi perut!
2. Tidur berjemaah waktu prep
Puasa ke tak, memang ini adalah rutin kegemaran pelajar sewaktu prep. Iyalah bukan bulan puasa pun dah penat nak menghadap buku, inikan pula masa bulan puasa! Memang tidur berjemaah sajalah dalam kelas.
3. Beratur ambil makan seawal pukul 5.30 petang
Yang ini memang selalu berlaku dalam kalangan lelaki. Almaklumlah kaum lelaki ni selera besar. Jadi nak elak daripada berbuka makan kurma saja, mesti dah beratur awal-awal. Nampak aja abang dewan bukak pintu dewan makan terus terjah ambik nasi dan lauk! Awal dua jam pun tak apa, janji makanan berbuka ada.
4. Rombongan ke Bazar
Tak syok lah bulan puasa kalau tak pergi bazar kan! Kalau hari-hari pun makan makanan dewan makan saja pun bosan kan. Jadi, selalunya ketua dorm mesti akan bodek warden untuk bawak mereka ke bazar. Kadang-kadang penuh satu van sekolah ya! Kalau yang tak boleh ikut tu, macam biasalah mesti sampaikan kirim makanan saja.
5. Berebut chopp meja untuk berbuka
Yang ini pula sering berlaku dalam kalangan pelajar perempuan. Ingatkan berkawan saja nak pilih chopp-chopp rupannya nak berbuka pun sama! Selalunya golongan ni mesti akan ambik makanan untuk satu meja dan letak nama kumpulan. Kononnya tak nak bagi orang lain ambik tempat dan join meja sekali. Bila fikir balik, rasa kelakar pun ada!
6. WAJIB hadir ke kelas tadarus dan usrah setiap petang
Disebabkan bulan yang mulia, jadi para pelajar digalakkan mengisi masa lapang dengan beribadah. Jadi, setiap hari kelas tadarus akan bermula selepas waktu Asar. Minggu pertama tu selalunya memang bersemangat tapi bila dah masuk minggu kedua tu mulalah tak cukup ahli. Faham-faham sajalah ya!
7. Ganti tidur sementara menunggu waktu Isha' masuk
Biasalah lepas dah berbuka, mesti semua rasa mata ni layu saja kan. Dah melantak macam-macam, badan pun rasa lemah saja. Macam biasalah, habis je waktu Maghrib nak tunggu waktu Isha' masuk mesti semua dah keluar saf. Bukan nak pergi mana-mana pun tapi masing-masing cari spot yang best untuk tidur kejap!
8. Menu berbuka yang special akan ada waktu majlis berbuka saja
Menu di dewan makan mesti bertukar setiap dua minggu saja, kadang-kadang tu rasa muak makan lauk yang sama saja. Tapi, buat pelajar asrama ni setiap kali cikgu buat pengumuman ada majlis berbuka puasa hujung minggu nanti mesti semua lompat keriangan! Mana taknya, waktu majlis berbuka sajalah dewan makan hidangkan makanan sedap. Rindunya!