Pengenalan Asas AI Dimasukkan Dalam Mata Pelajaran Sekolah Rendah Mulai 2027
Antara tujuan pengenalan asas AI dalam mata pelajaran teknologi digital adalah untuk mengajar murid untuk menyemak fakta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan asas pembelajaran kecerdasan buatan (AI) pada 2027
Menerusi laporan Berita Harian, pengenalan itu akan dimasukkan ke dalam mata pelajaran teknologi digital di sekolah rendah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata di peringkat sekolah menengah, ia akan diperkukuh dalam mata pelajaran berkaitan.
Menurutnya, pengenalan asas AI dalam mata pelajaran teknologi digital bertujuan mengajar murid untuk menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan sewajarnya.
"Panduan literasi AI KPM sudah berkuat kuasa sejak 8 Mei lalu. Panduan itu menekankan penggunaan AI secara kritis, selamat dan beretika.
"Ia juga menekankan tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, malah anak-anak dan komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dari segi penggunaannya, digunakan dengan selamat," katanya.

Para guru terlebih dahulu telah menerima latihan AI
Fadhlina berkata sejumlah 329,414 guru sudah menerima latihan AI sebelum penggunaan diperluaskan ke semua sekolah.
Bilangan guru itu melibatkan jumlah dan peratusan guru yang sudah menerima latihan literasi AI setakat 2026,
Katanya, pendedahan kepada latihan AI akan dilaksanakan secara berterusan sehingga selesai kepada semua guru.
"KPM mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform untuk memastikan bahawa guru di negara ini benar-benar dilatih," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via