seismik

9 Situasi Ini Buktikan Perempuan Memang Perlukan Lelaki Dalam Hidup. Perasan Tak?

Totally can relate! :D

Cover image via Murni Azman / Facebook

Segelintir perempuan memang sudah dilahirkan untuk berdikari sejak kecil. Namun, ada juga yang masih tidak tahu untuk buat kerja-kerja yang selalunya dilakukan oleh lelaki.

Image via Gfycat

Sebagai seorang perempuan, anda tidak semestinya perlu mengharapkan lelaki untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Kerana, walau bagaimanapun, suatu hari nanti anda perlu melakukan semua perkara dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Itu merupakan proses untuk anda melangkah ke alam dewasa.

Lain pula jika anda perlukan seorang lelaki sebagai teman rapat bagi menyelesaikan sesuatu perkara yang mungkin tidak akan difahami oleh seorang perempuan. Ingin tahu apa?

Baca senarai penuh di bawah:

1. Bertukang di rumah

Image via Giphy

Ini memang perkara yang dikatakan 'paling dibenci' oleh seorang perempuan. Sebab itu mereka tidak mempelajari cara-cara untuk bertukang. Bila sampai situasi di mana mereka perlu baiki paip yang bocor, tukar mentol lampu, betulkan kaki kerusi yang longgar dan sebagainya, mesti mereka perlukan bantuan seorang lelaki.

Betul atau tidak? :)

2. Check maintenance kereta contohnya keadaan tayar, minyak hitam dan sebagainya

Image via Giphy

Bukan nak merendahkan perempuan ya, cuma wanita selalunya memang kurang pengetahuan tentang kereta. Kalau sampai je bab-bab untuk jaga mengekalkan penyelenggaraan kereta je, memang fail.

Sebab itu perempuan selalu kena rujuk kepada lelaki. Contohnya, ayah, abang, adik lelaki (walau lebih muda, tapi mereka lebih arif). Jadi, kalau nak pergi servis, tak ada lah anda ditipu.

Setuju atau tidak? :)

3. Habiskan makanan bila makan di luar

Image via Giphy

Perempuan memang ada habit order banyak tapi selalu tak habis. Bila makan dekat luar je, order macam ada kenduri, pengakhirannya tak habis. Jadi, apa guna seorang lelaki jika tidak boleh menghabiskan makanan kan? Memang extra side-dish lah untuk lelaki yang teman anda pergi makan. LOL!

4. Angkat barang berat

Image via Giphy

Sekuat mana pun seorang perempuan, mesti ada part yang anda perlukan lelaki untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, bila nak pindah rumah atau beli barang yang berat, mesti anda perlukan lelaki untuk tolong angkat.

Sama juga kalau anda pergi ke shopping mall untuk beli microwave, oven, gas dan sebagainya, untuk masukkan barang-barang dalam kereta, mesti anda akan panggil pekerja lelaki di tempat itu.

Betul ke tidak? :)

5. Dijadikan sebagai +1 untuk menghadiri majlis perkahwinan

Image via GIFER

Yang ini paling penting! Kalau anda tiada partner untuk menghadiri mana-mana event atau majlis perkahwinan, boleh cari salah satu kawan lelaki yang anda rapat untuk dijadikan sebagai plus one.

Yelah, majlis perkahwinan kot. Takkan nak pergi sorang, sedih gila. Semua orang pergi dengan plus one masing-masing. Jadi, walaupun last minit, call je kawan baik anda dan suruh mereka siap untuk teman anda ke majlis perkahwinan tu!

6. Untuk dijadikan 'fake body-guard' bila melancong. Barulah tak bahaya!

Image via Reddit

Zaman sekarang ini memang banyak kes jenayah yang melibatkan perempuan. Sebab itu pentingnya jika anda ada kawan baik lelaki. Kalau anda ingin pergi bercuti beramai-ramai dan semua rakan anda adalah perempuan, mungkin boleh ajak seorang kawan lelaki (kawan ya bukan boyfriend) untuk tujuan keselamatan. Gitu!

7. Meminta pandangan dalam memilih pasangan hidup

Image via Giphy

Seperti yang anda tahu, pandangan seorang lelaki terhadap lelaki yang lain lebih tepat. Jika anda sedang keliru tentang pilihan lelaki yang ingin dijadikan sebagai teman hidup, mungkin anda boleh rujuk kepada kawan lelaki anda. Percayalah, mereka akan memberikan nasihat yang memang akan buatkan anda lebih membuka mata.

8. Lelaki kurang drama dan kurang gosip

Image via Google

Kebanyakan perempuan memang kaki gosip. Semua jenis gossip mereka tahu, sampai tak tercapai akal bila fikir balik. Sebab itulah segelintir perempuan lebih suka lepak dengan kawan lelaki. Bukan sebab gatal ke apa ya, sebab mereka rasa lelaki lebih mendengar dan kurang drama atau gosip. Baru selamat sikit.

9. Lelaki boleh menjadi 'navigator' yang bagus

Image via Giphy

Tak semua perempuan yang arif bab-bab tunjuk jalan. Kadang-kadang dah pergi ke tempat yang sama nak dekat 10 kali pun masih susah nak ingat jalan. Jadi, untuk perempuan di luar sana yang perangai yang sama, bolehlah ajak kawan lelaki untuk dibawa ke mana-mana, barulah tak sesat!

P/S: Saya pun seorang feminis, tapi memang mengaku perlukan lelaki untuk beberapa situasi yang tidak boleh dikawal. Hehe.

NOTA: Jika anda mempunyai sebarang idea atau komen lain tentang isu di atas, boleh tinggalkan di ruangan komen! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih perkongsian menarik hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: