Mudahkan Pengantin & Jurufoto, Ambil Kira 5 Perkara Ini Waktu Pilih Lokasi 'Outdoor Shoot'
Ikuti tips ini dan outdoor wedding photoshoot anda nanti pasti cantik!
Perkahwinan merupakan antara acara paling indah yang ingin dilalui oleh kebanyakan daripada kita semua
Oleh yang demikian, semestinya momen indah ini akan diabadikan dalam bentuk gambar perkahwinan yang menjadi item untuk disimpan sepanjang hayat kerana ia merakamkan saat-saat indah ketika bergelar raja sehari. Selain itu, album perkahwinan ini juga boleh ditunjukkan ke anak cucu kita kelak.
Bukan itu sahaja, sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan raja sehari masa kini untuk mengadakan post-wedding photography atau outdoor photoshoot bagi merakamkan momen-momen bergelar pasangan suami isteri.
Dalam memastikan semuanya berjalan lancar dan demi mengelak daripada berhadapan dengan sebarang situasi mencemaskan atau insiden yang tidak diingini, seorang jurugambar bernama Hafiz telah berkongsikan beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika memilih lokasi outdoor photoshoot ini.
Berikut adalah antara tips yang dikongsinya menerusi laman Twitter:
1. Masa
2. Jarak perjalanan
3. Kesesuaian lokasi
4. Keselamatan lokasi
5. Cuaca
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat bakal mempelai dan mampu memudahkan photographer majlis perkahwinan anda nanti. :)