9 Fakta Menarik Kumpulan Yang Memukul Sesama Sendiri Dan “Naik Hantu” Di Depan Sogo
Bukan sahaja pihak berkuasa, malah perhimpunan Bersih 4.0 bakal berdepan Kumpulan Anti Bersih 4.0 pada hujung minggu ini.
Sebuah video aksi ‘ganas’ yang dilakukan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Anti Bersih 4.0 di hadapan Sogo, Kuala Lumpur semalam menjadi viral di media sosial
Video itu menunjukkan mereka melakukan 'gimik' ganas sebagai tanda sudah bersedia berdepan dengan peserta Bersih 4.0 jika mereka masih mahu meneruskan perhimpunan yang dirancang pada hujung minggu ini
Bukan sahaja melakukan aksi 'ganas', mereka juga seolah-olah seperti "naik hantu" atau macam kena rasuk sewaktu menunjukkan demonstrasi semalam
Kewujudan kumpulan ini menjadi tanda tanya banyak pihak. Ramai yang tidak tahu tentang wujudnya kumpulan Anti Bersih 4.0 ini
Oleh itu, buat yang tidak tahu kami senaraikan 9 perkara menarik yang ada kena tahu tentang Kumpulan Anti Bersih 4.0 ini:
1. Bertindak untuk menghalang perhimpunan Bersih 4.0
Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 Ogos nanti bakal bertemu lawan dengan himpunan Menolak Bersih 4.0 yang dikatakan diadakan di hari yang sama, pada hujung minggu nanti.
Penganjur Himpunan Menolak Bersih 4.0, Datuk Jamal Yunus berkata, himpunan hujung minggu ini bakal diadakan bagi membantah penganjuran Bersih 4.0 yang diadakan pada hari yang sama.
2. 'Ganas'
Daripada demonstrasi yang dilakukan, kumpulan ini nampaknya agak 'ganas' dan mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Jika dilihat pada aksi yang dilakukan mereka di hadapan Sogo, mereka mampu menghentak batu menggunakan kepala, badan dipukul dengan kayu dan memecahkan batu kapur dengan menggunakan tangan.
3. Ada insurans buat penyokong
“Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.
therakyatpost.com4. Kira-kira 30,000 orang menyokong mereka
“Kami sudah kenal pasti, seramai 30,000 orang akan turun dan memakai baju berwarna merah,” jelas Jamal.
freemalaysiatoday.com5. Pakai baju 'Keamanan'
Dilaporkan kumpulan ini bakal memakai baju yang tertulis 'Keamanan' pada baju tersebut. Ini simbolik dengan tujuan mereka bertegas menolak penganjuran Bersih 4.0 yang dilihat mampu mewujudkan kekacauan serta menggugat ketenteraman awam.
6. Merah vs Kuning
Pertembungan hujung minggu ini bakal memperlihatkan Bandaraya Kuala Lumpur dibanjiri warna merah kuning. Kumpulan Anti Bersih 4.0 dilaporkan bakal mengenakan warna merah dan peserta Bersih 4.0 bakal memakai warna simbolik mereka iaitu kuning.
7. Mereka mampu bertahan jika dikacau
“Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.
therakyatpost.com8. Hanya berundur jika Bersih 4.0 dibatalkan
Jamal bagaimanapun, berkata mereka bersedia mengundurkan diri daripada perhimpunan mereka sekiranya Bersih 4.0 juga berbuat demikian.
“Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.
“Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami," katanya.
9. Sama saja dengan Bersih 4.0, dua-dua tak dapat kebenaran daripada polis
"... kita tahu, kalau minta kebenaran polis pun, pihak polis tidak akan bagi (kebenaran). Himpunan membantah Bersih ini akan diteruskan sebagaimana himpunan Bersih 4.0 diteruskan," ujar Jamal.
sinarharian.com.my