seismik

Pernah Diami Rumah Seperti Dalam Filem Parasite, Wanita Ini Dedah Realiti Hidup Di Korea

Dengan sewa berkali ganda mahal lagi.

Cover image via @sarinizainal (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mungkin menjadi idaman ramai rakyat Malaysia untuk tinggal di luar negara seperti di Korea Selatan

Disebabkan iklim di Malaysia hanya panas dan lembab sepanjang tahun, sudah pasti kita mempunyai keinginan untuk tinggal di negara lain bagi merasai suasana negara yang memiliki 4 musim seperti Korea Selatan.

Namun begitu, tidak semua indah seperti yang dikhabarkan. Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran di Twitter oleh @sarinizainal mendedahkan realiti kehidupan di Korea Selatan.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Dedah sara hidup yang tinggi di Korea Selatan

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu menunjukkan rumah yang pernah didudukinya di Korea Selatan semasa bergelar pelajar.

Rumah yang pernah didudukinya itu merupakan rumah jenis bawah tanah yang hanya mempunyai tingkap kecil jika dilihat dari luar berada pada paras kaki.

Sebelum itu, wanita tersebut juga mendedahkan kos sara hidup di Korea Selatan adalah sangat tinggi sehingga menyebabkan bil sewa rumah kecil bawah tanah mencecah 600K won.

"Really didn't expect this one, fuhh" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 2.5K reposts, 4.8K likes, 287 bookmarks dan 780K views.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen di Twitter:

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: