seismik

Pertama Kali Rai Ulang Tahun Kelahiran Tanpa Suami, Ucapan BCL Ini Sangat Menyentuh Hati

Sedihnya.

Cover image via Instagram @bclsinlcair

Pada 18 Februari lalu, industri hiburan tanah air dan juga Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon, Ashraf Sinclair

Image via mata-mata

Ashraf yang juga merupakan suami kepada penyanyi popular Indonesia, iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) telah meninggal dunia akibat serangan jantung di usia 40 tahun.

Pemergian Ashraf sangat dirasai oleh ahli keluarganya terutama BCL dan juga putera tunggal mereka, Noah Sinclair.

Sejak pemergian arwah, tiada sebarang kemaskini terbaru yang dimuatnaik oleh BCL di media sosialnya termasuklah Instagram.

Bagaimanapun terbaru, sempena ulang tahun hari kelahirannya, BCL telah memuatnaik satu status yang sangat menyentuh hati

Image via imgur.com

Selepas hampir dua bulan menyepi dari media sosial, BCL akhirnya telah memuatnaik satu status di laman Instastory miliknya.

Dalam status tersebut, BCL mengucapkan terima kasih kepada semua kata-kata semangat dan cinta yang telah diberikan kepadanya selama ini.

Kata penyanyi itu, dirinya bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan kasih sayang kepadanya.

Mengakui bahawa ini bukan satu perjalanan yang mudah, BCL bagaimanapun berkata dirinya akan berusaha untuk bangkit semula.

Sempena ulang tahun hari kelahirannya, BCL turut mengambil kesempatan agar kesemua peminatnya dapat mendoakan arwah suaminya Ashraf yang telah pergi buat selama-lamanya.

Beliau dalam pada itu turut meninggalkan pesan kepada netizen supaya menjaga diri dan kekal berada di dalam rumah di waktu yang merbahaya ini.

Sayu baca ucapan BCL ini. Harap BCL dapat segera bangkit dan menjadi lebih kuat selepas ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

You may be interested in: