seismik

'Pharmacist Bukan Setakat Kerja Di Kaunter' - Penjelasan Padu Untuk Netizen Kurang Ilmu

Ingat kerja jadi ahli farmasi ni senang ke?

Cover image via Rumah Sehat Terpadu | Twitter

Pernah terjadi beberapa kali kes di mana netizen kurang bijak sangat cenderung untuk memandang rendah terhadap kerjaya ahli farmasi

Image via mmgazette.com

Bagi golongan yang kurang bijak, kerjaya sebagai ahli farmasi ini bukannya susah pun. Setakat duduk di belakang kaunter dan tunggu arahan doktor tentang pesakit, kemudian berikan mereka ubat-ubatan yang diperlukan. Itu saja.

Malah, ada juga yang menganggap kerja "remeh" sebegini mampu dilakukan oleh budak lepasan UPSR yang tidak memerlukan apa-apa kelulusan. Amboi, sampai macam tu sekali!

Ini salah satu contoh:

Memetik artikel The Vocket, ahli farmasi yang dikenali sebagai sitiawe telah dipertikai oleh netizen yang kurang ilmu dalam bidang perubatan apabila memuat naik video mengenai penjelasan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD).

Segelintir netizen mengecam tindakannya itu sambil berkata beliau langsung tidak layak untuk mengulas tentang isu berkenaan kerana beliau hanyalah seorang ahli farmasi, bukan doktor.

A post shared by Siti Hawa MN (@sitiawe) on

Pada dasarnya, video ini sangatlah berguna untuk membantu orang ramai lebih memahami tentang wabak tersebut.

Tapi lain pula jadinya. Anda boleh baca sendiri komen-komen berbaur sindiran dan kecaman di ruangan komen video di atas.

Beberapa ahli farmasi yang triggered dengan isu ini segera bertindak dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk mendidik golongan yang kurang bijak ini.

Salah seorangnya ialah gadis bernama Fatin Zafira.

Fatin Zafira dengan tweethandle @berrykiut di Twitter mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang susah payah dan jerih perih bekerja sebagai seorang ahli farmasi.

Menurutnya, ahli farmasi bukan setakat bekerja di belakang kaunter seperti mana yang dianggap oleh masyarakat. Kerjaya mereka adalah lebih daripada itu.

Baca penerangan penuh tentang kerjaya ahli farmasi oleh cik Fatin di bawah:

Firstly let’s begin with its base which is education. Sebelum nak jadi pharmacist mestilah kena ada degree in pharmacy. Banyak local private/government unis as well as overseas unis yang provide pharmacy courses. Before nak masuk degree, kena ada diploma (science/pharmacy) or foundation in science or matriculation in pure science.

Qualification varies for different uni, so bolehlah pergi cari kat uni yang berminat.

So degree in pharmacy ni berapa lama? Kami belajar apa?


Degree in pharmacy takes 4 years to complete. So selama 4 tahun ni mcm-macamlah kami belajar. Of course our major is ubat-ubatan. Nama pun pharmacy ye dak?

Ok now I need y’all to come to your senses. Untuk apa-apa masalah sekali pun, kalau kita tak tahu punca, boleh ke kita jumpa penyelesaiannya? Tak kan? Ok same goes to all diseases out there.

Kalau kami tak tahu inside out of most diseases, macam mana kami nak tahu how to cure it? Mestilah kena tahu macam mana penyakit tu terjadi dan apa yang menyebabkan dia terjadi, barulah boleh tahu ubat apa yg boleh halang dari penyakit tu terjadi lagi.

Jadi 4 tahun degree tu, kami belajar semua pasal:

1. The normal physiology of the human body
2. What happens when the normal conditions are compromised
3. How to counter arising problems using medications
4. And of course, semua pasal ubat from how it’s manufactured sampailah kepada side effects.

Image via ismaweb.net

1. Hospital Pharmacist

So dekat hospital pun ada pharmacist. Mesti ramai tak tahu kan? Sebenarnya dekat hospital lah paling ramai pharmacist. Sebab banyak departments. Dekat ward ada pharmacist; who will monitor drug doses and side effects, dekat kaunter ambil ubat tu pun ada. Banyaklah lagi.

2. Retail Pharmacist

Haa ni yang dekat kedai-kedai pharmacy tu macam Guardian, Watsons, Caring and banyak lagi chain and independent pharmacies. Retail pharmacist ni jual ubat yang ada dalam locked cabinets yang korang boleh nampak kat tempat “Prescription” tu and bagi consultation for minor ailments.

3. Industrial Pharmacist

Ok yang ni pulak mostly kerja dekat kilang ubat. What do they do? They monitor the manufacture of drugs, control quality ubat which is important untuk pastikan semua ubat bagi effects yang sama and adequate untuk rawat penyakit yang berkaitan. Contoh: Pharmaniaga, CCM.

4. Enforcement Pharmacist

Yang ni kerja dia basically revolves around monitoring semua aktiviti jual beli yang melibatkan ubat dan kosmetik. Enforcement pun ensure companies yang manufacture ubat ni untuk patuh kepada regulations yang dah ditetapkan.

Image via Ahad

Basically, ini majority of careers in pharmacy, although banyak je lagi.

So apa beza doctors dengan pharmacist?

Doctors boleh diagnose penyakit, because they learn more about it in detail whereas pharmacists learn more on drugs.


So, doctors dengan pharmacists ni supposedly bukan bersaing pun, instead we complement each other. We need each other for the knowledge yang masing-masing ada.

Ok done. Harap lepas ni tak ada yang belittle pharmacists lagi. Kami bukan setakat duduk belakang kaunter ya kawan-kawan.

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mematuhi garis panduan 5R yang telah ditetapkan iaitu:

1. Pesakit yang betul
2. Ubat yang betul
3. Dos yang betul
4. Pengambilan ubat pada masa yang betul
5. Cara pengambilan ubat yang betul
Image via moh.gov.my

Memetik kenyataan seorang netizen Man Eman di Facebook:

"Ketahuilah bahawa dalam bidang kesihatan, semua kerjaya bermula daripada penyapu lantai di hospital/klinik sehinggalah ke tahap Menteri Kesihatan memainkan peranan yang penting dalam memastikan rakyat kita berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Jadi, bersangka baik dan hormatilah setiap kerjaya manusia di dunia ini."

Penjelasan lebih lanjut, boleh tonton video di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ni dia nasihat dari seorang doktor. Sila baca dan hadamkan:

Lagi artikel menarik di SEISMIK!

You may be interested in: