seismik

Dua Produk Qu Puteh Kena 'Ban' Di Malaysia Dan Brunei Sebab Ada Bahan Berbahaya

Bahan berbahaya yang terkandung boleh menyebabkan hilang ingatan.

Cover image via themalaymailonline.com

Dua produk kosmetik Qu Puteh milik Dato' Seri Vida telah diharamkan di Brunei kerana didakwa mempunyai bahan berbahaya

Pengasas Qu Puteh, Dato' Seri Vida.

Image via www.bharian.com.my

Seperti yang dilaporkan oleh The Times Brunei dan Asia News Network, Kementerian Kesihatan Brunei telah mengarahkan untuk menghentikan penjualan produk 'Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9' dan 'Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block.

Kementerian itu mengumumkan semalam selepas ujian yang dilakukan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Dadah Jabatan Perkhidmatan Farmasi Brunei mendapati ia mengandungi merkuri, bahan yang didakwa boleh menyebabkan kesan buruk dan mungkin berbahaya kepada pengguna.

Walaupun ia merupakan satu ramuan mujarab yang sering digunakan dalam pelbagai produk kosmetik, merkuri bagaimanapun dilarang untuk digunakan di Brunei.

Laporan akhbar itu menyatakan bahawa pendedahan merkuri boleh menyebabkan ruam, kehilangan ingatan, lemah otot, dan kerosakan kepada otak dan buah pinggang

Image via gmanews.tv

Merkuri juga toksik kepada kanak-kanak yang belum lahir.

Setakat ini, produk Qu Puteh tidak diimport dan dijual di negara kesultanan itu, dengan kementerian kesihatan menasihati pelanggan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan untuk berunding dengan pegawai perubatan profesional sekiranya mereka mengalami kesan buruk.

Pihak berkuasa Brunei telah menyeru semua peruncit, termasuk kedai dalam talian untuk menghentikan jualan produk-produk berkenaan

Ia adalah satu kesalahan undang-undang untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik tanpa surat pengakuan yang sah dari pihak berkuasa.

Penduduk Brunei diberitahu untuk melaporkan sebarang pelanggaran kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi. Peniaga-peniaga yang gagal mematuhi peraturan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000, dua tahun penjara, atau kedua-duanya.

Terbaru, produk 'Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9' turut mendapat arahan larangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via www.bharian.com.my

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berkata Biro Kementerian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati bahawa produk tersebut mengandungi kandungan merkuri "tahap tinggi".

Biro itu juga dikatakan menerima laporan kesan buruk daripada pengguna.

"Pengguna mengadu mengalami ringing dalam telinga (tinnitus) dan keguguran rambut selepas menggunakan 'Qu Puteh Whitening UV Pro 9' dan 'Qu Puteh Whitening UV Block' kurang daripada tiga bulan.

"Mereka bagaimanapun telah pulih setelah mereka berhenti menggunakan produk-produk ini," katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa produk kosmetik yang dicampurkan dengan merkuri pada umumnya bertindak sebagai ejen pemutihan kulit dan anti-penuaan

Image via www.quputeh.com

"Produk kosmetik yang mengandungi merkuri adalah berbahaya. Ia boleh merosakkan buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau bayi walaupun masih dalam kandungan," katanya lagi.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? **LIKE *Facebook SAYS SEISMIK serta *follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nama Dato' Seri Vida sering kali disebut-sebut sejak akhir-akhir ini:

You may be interested in: