seismik

Rakyat Boleh Claim RM30 eTunai Bagi Pengguna TnG eWallet, Boost Atau GrabPay Bermula Esok

Penebusan boleh dibuat bermula jam 8 pagi esok, 15 Januari 2020.

Cover image via Google The Coverage

Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta untuk pelaksanaan insentif eTunai Rakyat

Program ini juga telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng, di bawah Belanjawan 2020 bagi diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak untuk menerima insentif ini.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan.

Image via Malay Mail

Menurut laporan, kepada pengguna e-dompet Grab, Boost atau Touch 'n Go eWallet yang layak, mereka boleh menebus RM30 tersebut bermula jam 8 pagi esok, 15 Januari 2020.

Lim Guan Eng berkata bahawa setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun adalah layak menerima wang e-tunai itu.

“Pengendali e-dompet akan menambah baik pemberian RM30 wang percuma dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri. Ini bermakna rakyat Malaysia yang layak akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif itu,” jelasnya.

Wang RM30 yang diberikan boleh dibelanjakan untuk ke semua barangan dan perkhidmatan yang ada melalui platform pengendali terpilih.

Di bawah merupakan tiga penyedia eWallet yang disahkan oleh kerajaan Malaysia untuk pelaksanaan program ini:

1. Aplikasi e-Wallet Boost.

Image via Boost

2. Aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Image via TnG Digital

3. Aplikasi GrabPay eWallet.

Image via Grab

Namun, anda hanya boleh memilih satu sahaja penyedia eWallet untuk menebus eTunai Rakyat ini.

Kerajaan menjelaskan bahawa inisiatif eTunai Rakyat ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga

Gambar sekadar hiasan.

Image via hawaiipublicradio.org

“Kerajaan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet terbabit supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat yang bernilai RM450 juta sebelum 14 Mac berakhir.

“Setakat ini, lebih lapan juta peniaga menggunakan perkhidmatan pembayaran e-dompet dan jumlah itu diharap meningkat selepas pengumuman inisiatif e-Tunai Rakyat,” kata Lim Guan Eng.

Malah, bagi memastikan inisiatif ini akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 yang diberikan perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari hingga 14 Mac 2020. Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas tarikh 14 Mac.

Rakyat yang layak akan diberikan tempoh memohon sebelum 9 Mac untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya 5 hari bekerja

Proses pengesahan bagi mereka yang layak akan melalui tiga peringkat. Ia bermula daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi pengesahan kad pengenalan, kemudiannya Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pendapatan bawah RM100,000 setahun dan semakan bagi memastikan individu itu hanya memohon daripada satu pengendali.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bagus juga insentif ini sebenarnya!

Leave a comment