seismik

Rakyat Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Untuk Balik Raya, Kos Sehala RM30k!

Siapa yang nak mengelakkan kesesakan lalu lintas, bolehlah sewa helikopter. Cepat sikit sampai.

Cover image via Sinar Harian

Sejuta kenderaan dijangka bakal masuk Kelantan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Baru-baru ini, Harian Metro telah melaporkan bahawa sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri pada 5 Jun nanti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata kemasukan kenderaan ke Kelantan berlaku secara berperingkat kerana musim cuti sekolah sudah bermula. Beliau juga turut menjelaskan bahawa pertambahan tersebut akan berlaku secara berperingkat dan tidak akan sekali gus seperti tahun-tahun sebelum ini.

Oleh itu, seorang pemilik syarikat pengurusan Hazmi Dimasyq Group iaitu Hazmi Hanipa, 31, mengatakan bahawa dia telah menyediakan perkhidmatan helikopter buat pertama kalinya tahun ini

Perkhidmatan ini dikenali sebagai 'Balik Raya Elak Jem' di musim perayaan nanti. Mana tidaknya, rakyat Kelantan yang pulang dari Kuala Lumpur serta dari negeri lain juga dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas yang agak teruk pada tahun ini.

Menurut Hazmi, sejak tiga tahun lalu, syarikatnya turut menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

Image via Sinar Harian
"Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan di mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala."
Hazmi Hanipa, pemilik syarikat pengurusan Hazmi Dimasyq Group.

Helikopter yang disediakan pada musim perayaan nanti adalah lebih 20 buah. Manakala pihak mereka juga turut menyediakan penerbangan hari biasa yang melibatkan 6 buah helikopter.

Helikopter yang disediakan mempunyai dua jenis iaitu muatan untuk tiga dan juga enam penumpang setiap penerbangan. Untuk enam penumpang, harganya mencecah RM17,000/jam untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang akan mengambil masa selama tiga jam.

Hazmi mengatakan bahawa dia juga tidak menyangkan bahawa perkhidmatan yang disediakan ini mendapat permintaan yang agak tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan. Menurut laporan Sinar Harian, Hazmi menjelaskan, untuk rakyat Kelantan sahaja mereka telah menerima lebih kurang empat penerbangan setakat ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau mengantuk, jangan tidur dalam kereta!

You may be interested in: