Isu Lancar Koleksi Tudung Di Kelab Malam, Ini Reaksi Neelofa Sendiri
Walaupun dicemuh, Neelofa bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar.
Viral di media sosial tentang beberapa video ketika majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa oleh Neelofa di sebuah kelab malam di ibu kota, semalam
Majlis itu turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-29.
Namun, netizen telah mengecam pemilihan lokasi yang dianggap mencemarkan imej wanita berhijab. Netizen juga berpendapat Neelofa tidak memikirkan sensitiviti agama yang akan tercetus dari isu terbabit.
Neelofa memilih untuk tidak mempedulikan segala kritikan netizen tentang pemilihan lokasi sebagai tempat pelancaran koleksi tudung terbarunya itu
Beliau juga menjelaskan bahawa kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.
"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara. Yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
"Lokasi yang dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak mengambil peduli lagi kata-kata orang," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Meskipun dikecam teruk di media sosial, Neelofa tetap bersyukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media
Namun, reaksi netizen rata-rata mengecam tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sebagai tempat untuk melancarkan koleksi tudung itu.
Terdapat juga satu video yang telah viral di media sosial yang menunjukkan 5 wanita menari sakan di kelab malam itu.
Video terbabit juga telah meraih reaksi negatif netizen yang mengatakan aksi tersebut memalukan dan menjejaskan imej wanita bertudung.