"Risiko Sesak Nafas & Bawa Maut" - Doktor Ini Kongsi Kes Kanak-Kanak Tertelan Duit Syiling
Segeralah bawa anak-anak ke hospital jika ternampak tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malang tidak berbau, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku
Sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti faham situasi di mana ibu bapa mahupun penjaga harus mengambil langkah lebih berhati-hati ketika menjaga anak kecil.
KemaIangan yang berlaku dalam kalangan anak-anak kecil sering terpampang di muka akhbar mahupun sosial media dan kebanyakannya hal ini berlaku di rumah. Malah, sedikit kecuaian sahaja boleh mengundang padah dan merisikokan nyawa anak.
Sama seperti perkongsian yang didedahkan oleh seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) iaitu Dr Mohd Shaiful Nizam berkongsi di laman Twitter miliknya tentang kes seorang anak kecil berusia tujuh tahun tertelan duit syiling sebesar 50 sen yang dikendalikan olehnya.
Berikut di bawah adalah thread yang beliau kongsikan di Twitter:
Keadaan akan menjadi lebih berbahaya jika syiling tersebut tersalah masuk ke dalam salur pernafasan berbanding salur pemakanan
Soalan pertama yang ditanyakan tentang pesakit adalah sama ada dia sesak nafas atau tidak.
Selepas beberapa prosedur dilakukan, pembedahan untuk mengeluarkan duit syiling tersebut berjaya dilakukan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.
Saiz duit syiling itu adalah paling besar yang pernah dikeluarkan oleh doktor berkenaan
Selepas melihat insiden yang sama kerap kali berulang, doktor ini menasihatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau dan mengawai tingkah laku anak-anak terutamanya yang masih kecil.
Ibu bapa juga perlu mengawal tingkah laku masing-masing supaya tiada aksi bahaya yang ditiru oleh anak-anak kecil mereka.
Kalau ada anak-anak anda didapati tertelan bendasing dan mereka berkelakuan agak pelik, segera bawa ke hospital bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.