Sam Bunkface & Aida Azira Sah Bercerai Secara Rasmi Pada Hujung Bulan Januari Yang Lalu
Mereka mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengelakkan sebarang kekeliruan jika ramai masih beranggap mereka masih bersama.
Penyanyi terkenal dari kumpulan Bunkface iaitu Sam dan bekas isterinya hari ini telah mengumumkan bahawa mereka berdua telah berpisah pada hujung bulan Januari yang lalu
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharum telah mendirikan rumahtangga bersama Aida Azira Hussin pada 25 April 2015. Namun begitu, jodoh mereka ditakdirkan tidak berkekalan lama setelah mereka menjelaskan bahawa telah bercerai pada hujung bulan Januari yang lalu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Aida mengatakan bahawa penceraian ini dibuat atas keputusan bersama dan kedua-dua belah keluarga turut reda dan merestui apa yang telah diputuskan oleh pasangan ini.
"Kami bercerai secara rasmi pada hujung bulan Januari tahun ini kerana sudah tidak sehaluan dan tidak persefahaman." - Aida
Menurut pasangan ini, penceraian yang berlaku tiada kena mengena dengan pihak ketiga atau mana-mana pihak terlibat kerana mereka berdua berpisah mengikut persetujuan masing-masing. Namun begitu, mereka kini masih berkawan baik dan langsung tiada masalah untuk berkomunikasi sesama sendiri demi kebaikan anak mereka.
Aida menjelaskan mengenai penceraian ini kepada orang ramai untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dan jika ramai masih beranggapan bahawa mereka masih suami isteri yang sah
Sam juga pernah tampil memberi kenyataan bahawa mereka berdua masih tinggal serumah walaupun rumahtangga mereka pernah mengalami sedikit pergolakan. Sam juga dikatakan turut bertindak memadam foto bersama bekas isterinya di laman Instagram miliknya dengan alasan bahawa dia akan menggunakan platform tersebut itu kerjaya sahaja.