"Dok Main Dengan Setan!" - Sedang Syok Main Gitar, Terus Kena Tegur Dengan Mak Suruh Solat
"Syaitan ada dalam diri kita."
Baru-baru ini tular di laman Twitter rakaman video seorang pemuda ditegur ibunya untuk solat tatkala sedang syok bermain gitar
Video berdurasi 30 saat yang dimuat naik @Tonycheani_ itu menunjukkan dirinya sedang bermain gitar sambil membuat cover bagi lagu Cinta Dalam Doa nyanyian asal Souqy Band dengan penuh perasaan.
Walau bagaimanapun, keasyikkan itu tidak bertahan lama apabila 'diterjah' oleh ibunya yang datang lalu memberikan kata-kata teguran memintanya berhenti bermain gitar dan segera menunaikan solat.
Yang lawaknya ialah daripada teguran itu, boleh kedengaran bahawa si ibu menganggap anaknya seolah-olah terlalu sibuk dengan duniawi. Beberapa kali si ibu menyebut perkataan 'syaitan' dalam tegurannya.
Namun menerusi bahagian caption pula, ternyata pemuda itu sebenarnya sudah pun menunaikan solat dan memohon maaf kepada ibunya.
Lihat video penuh di bawah:
Susulan dari tularnya video tersebut, rata-rata warganet memberikan reaksi mereka di bahagian reply tweet itu
Ramai warganet yang terhibur melihat respon balas yang ditunjukkan pemuda itu setelah ditegur ibunya. Mereka memuji cara dia menunjukkan hormat kepada ibunya dengan berhenti bermain gitar.
Selain itu, ada juga yang merasakan bebelan ibunya comel lebih-lebih lagi dengan kepekatan loghat utaranya.
Antara komen menarik daripada warganet:
Ada juga seorang warganet yang berkongsikan rakaman video 'sebijik' kena marah dengan ibu ketika sedang bermain gitar.