seismik

Ambil Gambar, Tukar 'Slide' Dan 8 Perkara Lagi Yang S Pen Boleh Lakukan Pada Galaxy Note 9

Inovasi S Pen paling canggih setakat ini.

Cover image via SAYS

S Pen terbaru daripada Samsung ini memang magik

Image via SAYS

Daripada mengambil gambar, menulis nota, menconteng, dan mewarna, semuanya boleh dilakukan dengan S Pen terbaru ini.

Nak tahu apa lagi fungsi 'magik' yang dimuatkan ke dalam S Pen ini, baca senarai penuh di bawah:

1. Ambil gambar dari jauh

Image via SAYS
Image via SAYS

Ini antara fungsi paling menarik sekali yang ada pada S Pen. Kalau nak ambil group photo, tak perlu lagi set timer kemudian berlari dalam masa 10 saat untuk masuk dalam gambar. S Pen kini bertindak sebagai alat kawalan jauh untuk kamera dengan hanya satu butang!

Tekan dua kali untuk menukar antara kamera depan dan belakang. Senang!

2. Kawal playback media

Image via SAYS

Dengan, anda boleh play muzik atau video, boleh pause, dan boleh tekan sekali lagi untuk sambung semula media pada bila-bila masa. Boleh digunakan pada aplikasi Spotify, YouTube, dan macam-macam lagi.

3. Tukar slide

Image via SAYS

Butang S Pen juga boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk presentation slides anda. Klik sekali untuk ke slide seterusnya, dan klik dua kali untuk kembali. Pembentangan PowerPoint anda akan menjadi lebih canggih selepas ini.

4. Tulis nota ketika skrin terpadam

Image via SAYS

Nak tulis nota segera? Keluarkan saja S Pen dan teruskan menulis di atas skrin telefon tanpa perlu menghidupkannya. Klik pada ikon 'pin' untuk lekatkan terus nota yang ditulis ke 'always-on display' anda. Mudah sangat!

5. Hantar 'Live Messages'

Image via SAYS

Kalau hari-hari hantar mesej dengan tulisan biasa pun bosan juga, kan? Dengan S Pen, anda boleh menghantar 'Live Messages' iaitu animasi GIF berdasarkan apa sahaja yang anda tulis. Lebih menarik, boleh juga lampirkan sekali mana-mana gambar kegemaran anda ke dalam 'Live Messages' untuk menjadikannya lebih menarik.

6. Melukis, menconteng, dan mewarna

Image via mensxp.com

Memang seronok melukis, menconteng, dan mewarna menggunakan S Pen. Walaupun pengalamannya mungkin tak sama seperti melukis di atas kertas, ia tetap dikira sebagai salah satu fungsi paling digemari orang ramai. Inilah masanya untuk menzahirkan kreativiti anda ala-ala artis!

7. Air Command

Air Command

Image via SAYS

Sebaik sahaja anda mengeluarkan S Pen, 'Air Command' akan muncul pada skrin. Ia memaparkan pilihan sehingga 10 aplikasi untuk akses yang pantas. Sentuh sahaja dan anda terus boleh akses aplikasi kegemaran anda.

8. Terjemah perkataan

Image via SAYS

Jika anda membaca artikel dan ingin mengetahui terjemahan perkataan tertentu, klik butang 'Translate' pada 'Air Command'. Di bahagian atas, anda boleh memilih bahasa mana yang anda ingin terjemahkan teks itu, kemudian serahkan sahaja pada S Pen.

9. Screenshot

Smart Select dan Screen Write adalah dua fungsi 'screenshot'.

Image via SAYS

'Smart Select' membolehkan anda memilih bahagian mana yang anda ingin screenshot mengikut bentuk yang anda mahu. Anda kemudian boleh menulis atau menghiasi fail gambar tersebut dengan S Pen untuk menjadikannya lebih wow!

10. Magnify atau besarkan kandungan pada skrin

Image via SAYS

Nak tengok sesuatu pada skrin dengan lebih dekat? Fungsi 'Magnify' membolehkan anda membesarkan mana-mana bahagian skrin sehingga 300 peratus apabila anda meletakkan S Pen di atasnya. Lagi seronok tengok benda besar-besar, kan? Lagi nampak jelas!

Galaxy Note 9 kini dijual di Malaysia bermula pada harga RM3,699

Image via pocketnow.com

Anda boleh mendapatkan Galaxy Note 9 di mana-mana kedai Samsung atau pengedar telefon mudah alih yang sah.

Harga Galaxy Note 9:

- RM3,699 (6gb RAM, 128gb storan)
- RM4,599 (8gb RAM, 512gb storan)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak alternatif yang lebih murah? LIHAT SINI:

You may be interested in: