seismik

Selain Aiskrim Matcha Green Tea, Anda Kena Cuba 9 Menu Lain Ini Di Family Mart. Marvelous!

NAK SEMUA PLEASE...

Cover image via Twitter @khairunnaim5

1. Japanese Aiskrim

Kalau anda yang jenis sukakan aiskrim, singgah je di Family Mart. Macam-macam jenis perisa ada untuk anda semua. Sedap pula tu, harga pun ok je.

2. Strawberry Sando

Strawberry Sando ini adalah soft cake yang dipenuhi dengan krim dan strawberry. Memang ramai orang tergilakan menu ini sebab sedap sangat. Rasa lembut, gebu je bila makan. Rasa macam nak telan terus!

3. Bento

Untuk anda yang selalu rushing sampai tak sempat nak makan pagi atau tengahari, boleh cuba pilihan lain seperti Bento! Kenyang juga tau, harga pun okay. Simple lunch yang boleh dimakan di mana-mana sahaja.

4. Strawberry Shortcake

Untuk anda yang jenis sukakan benda-benda manis, boleh cuba Strawberry Shortcake ini. Sedap sangat rasa macam nak beli dua. Pelbagai jenis pilihan lain disediakan untuk anda. Pilih aje yang mana anda suka.

5. Banana Milk

Pernah cuba Banana Milk? Ini antara susu yang popular di Jepun dan memang sangat unik bila diminum. Sebab itulah kalau beli satu memang tak cukup, kena beli satu paket yang ada 5 kotak terus, baru puas!

6. Oden

Kalau di Malaysia, Oden ini lebih dikenali sebagai lokching atau Lok-Lok. Tapi di Family Mart, mereka menjual Oden ini dengan kuah Tomyam yang memang sedap dan tidak berapa pedas. Paling layan sekali kalau makan masa tengah hujan. Sedapnya!

7. Onigiri

Onigiri ini merupakan menu biasa yang diambil oleh masyarakat Jepun ketika waktu lunch. Memang nampak kecil comel je saiz makanan ini, tapi percayalah, satu ini cukup untuk mengenyangkan perut anda walaupun dalam masa yang tidak berapa lama. Cubalah!

8. Choco Chip Cookies

Antara cookies yang anda harus cuba di Family Mart adalah Choco Chip Cookies ini. Kalau bosan dekat office, mengantuk dan sebagainya, boleh jadikan cookies ini sebagai makanan untuk kudap-kudap. Sedap!

9. Rice Crackers

Antara snek lain yang boleh anda cuba adalah Rice Crackers ini. Antara pilihan lain yang ada untuk anda; Mochirato, Sweet Potato dan macam-macam lagi! Cubalah sendiri, memang konfirm anda tak akan berhenti mengunyah!

Sumber: Twitter @khairunnaim5

Jom pergi Family Mart! :D

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: