seismik

Selepas 42 Tahun, Sungei Wang Kini Lebih Besar, Lebih Moden & Lebih Gah Dengan JUMPA. Wah!

Pelbagai penawaran terkini dan konsep baharu peruncitan bakal menghidupkan semula pusat beli-belah yang berusia 42 tahun ini.

Cover image via JUMPA at Sungei Wang / Facebook

Apabila bercakap tentang pusat beli-belah Sungei Wang, pasti ramai yang tahu bahawa pusat membeli-belah ini adalah antara yang paling 'tua' di Kuala Lumpur

Image via Google

Mana tidaknya, Sungei Wang sudah bertapak selama 42 tahun dan terletak di
tengah-tengah kawasan Segi Tiga Emas. Kini, pusat beli-belah tersebut memberi kelainan dalam pengalaman peruncitan harian dengan fokus terhadap golongan muda dan berjiwa muda yang ingin menikmati pengalaman peruncitan moden dan lebih meriah.

Tambahan pula, buat anda yang masih belum tahu, Sungei Wang kini diberi nafas baru dan blok tersebut diberi nama sebagai JUMPA @ Sungei Wang annex!

JUMPA @ Sungei Wang telah mula menerima kunjungan para pelanggan pada 25 September 2019 dan merupakan blok tambahan (annex) di pusat beli-belah Sungei Wang ini

Image via Edge Prop

JUMPA @ Sungei Wang menawarkan pelbagai pilihan untuk peruncitan, makanan dan minuman (F&B) serta hiburan keluarga. Ia menggabungkan rekreasi dengan sukan, mengkhususkan beberapa kawasan untuk aktiviti memanjat dan bersukan serta kedai barangan dan pakaian sukan untuk golongan profesional dan keluarga yang mencari tempat sesuai di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk bersenam, bergembira atau berehat.

JUMPA @ Sungei Wang bukan sahaja memenuhi keperluan membeli-belah, tetapi juga menjadi tempat untuk rakan-rakan dan ahli keluarga merapatkan hubungan sesama mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lawrence Teh Cheng Poh, Pengurus Am, Pengurusan Pusat Membeli-Belah CapitaLand Malaysia Mall REIT Management Sdn. Bhd. (CMRM), "Sungei Wang adalah antara pusat membeli-belah yang telah lama bertapak di Malaysia dan telah mengekalkan dan menyegarkan daya penariknya sejak sekian lama dengan pelbagai transformasi.

“Bagi transformasi terkini ini, kami berbesar hati untuk menawarkan pengalaman baharu kepada para pengunjung Sungei Wang apabila mereka menyusuri keunikan tarikan dunia lama di blok utama sebelum tiba di JUMPA @ Sungei Wang yang moden dan meriah.

“Ia merupakan lokasi pertemuan yang penuh gaya dan dilengkapi pelbagai penawaran peruncitan dan konsep unik yang dirancang dengan teliti,” katanya.

JUMPA @ Sungei Wang - Bertenaga, Kreatif dan Magnetik!

Jom jumpa di JUMPA, Sungei Wang? :D

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman rasmi Facebook JUMPA at Sungei Wang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada sebab kenapa kesemua pusat membeli-belah ini masih kekal sehingga hari ini:

You may be interested in: