seismik

Seramai 2,500 Pelari Denai Dari 36 Buah Negara Bakal Sertai Cultra 2023 Pada Julai Depan

Cultra 2023 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pemain industri bagi membantu merangsang unjuran RM12 juta perbelanjaan pelancongan edisi kali ini.

Cover image via @cameronultra (Instagram) & Harian Metro

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, seramai 2,500 peserta dalam dan luar negara dijangka akan menyertai pertandingan larian denai Cameron Ultra 2023 pada Julai depan

Difahamkan, acara larian denai ultra di Cameron Highlands, Cameron Ultra (Cultra) mendapat sokongan daripada pelbagai pemain industri bagi membantu merangsang unjuran RM12 juta perbelanjaan pelancongan di pusat pelancongan itu menerusi penganjuran acara berkenaan pada 14 hingga 16 Julai ini.

Sasaran itu diletakkan lebih tinggi berbanding RM10 juta yang direkodkan pada tahun lalu membabitkan 2,000 peserta kerana jumlah penyertaan peserta larian mencecah 2,500 orang membabitkan penyertaan peserta dari 36 negara pada tahun ini.

Boh Plantation Sdn Bhd (Boh Plantation) antara rakan sokongan Cultra sejak kali pertama diadakan pada 2016 melihat kerjasama menerusi pelancongan sukan mampu memberi kesan limpahan ekonomi kepada pemain industri dan masyarakat setempat.

Cultra mempromosikan pelancongan domestik terutamanya di Cameron Highlands.

Image via Harian Metro

Cultra juga kini dimasukkan ke dalam kalender acara pelancongan Malaysia oleh Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) pada tahun ini

Timbalan Ketua Pemasaran Boh Plantation, Aina Mohd Ramly berkata, acara larian berskala besar seperti Cultra mempromosikan keunikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar negara.

“Kesan yang jelas apabila Boh Plantation menjadi rakan sokongan Cultra ialah kami dapat mempromosikan jenama Boh kepada pengunjung kerana laluan larian ini melalui ladang teh syarikat.

“Setiap tahun menerusi penganjuran acara larian ini jumlah peserta juga semakin meningkat terutama membabitkan peserta dari pelbagai negara asing. Ia sekali gus dapat memperkenalkan keunikan ladang teh kami kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dan penghargan Cultra yang memasuki tahun keenam pada tahun ini. 

Larian jarak jauh menguji ketahanan para peserta.

Image via Harian Metro

Acara larian itu juga baharu dimasukkan ke dalam kalender acara pelancongan Malaysia oleh Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) pada tahun ini memandangan ia mendapat penyertaan tinggi daripada pelbagai negara asing untuk acara sukan larian denai ultra.

Cultra 2023 menawarkan lima kategori jarak larian iaitu bermula 4 kilometer (km) (beginner), 14km, 14km, 30km, 60km dan 100km. Sebagai rekod, bagi kategori 100km pada tahun lalu berjaya ditamatkan pelari dari Jepun, Hisashi Kitamura dalam tempoh masa 12 jam 1 minit dan 7 saat.

Sementara itu, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, acara pelancongan sukan seperti Cultra memberi pulangan kepada ekonomi kerajaan negeri memandangkan acara itu bukan sahaja menarik kehadiran peserta larian malah ahli keluarga.

“Apabila adanya acara pelancongan sukan seperti ini, ia memberi kesan ekonomi yang baik kepada kerajaan negeri kerana peserta bukan sahaja hadir untuk perlumbaan malah berbelanja untuk aktiviti pelancongan bersama keluarga.

“Jadi menerusi angka kehadiran peserta tahun ini yang meningkat kita mengunjurkan RM12 juta perbelanjaan pelancongan untuk acara itu sahaja selama tiga hari di Cameron Highlands,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: