seismik

Serlahkan Bakat Terpendam Anda, XTRA XSTAR Cari Bakat Baharu Muzik Tanah Air

Bagi yang berminat, jom sertai sekarang!

Cover image via XTRA

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Portal hiburan Media Prima, XTRA melancarkan kempen pencarian bakat baharu dalam dunia nyanyian secara digital, dikenali XTRA XSTAR

Inisiatif daripada XTRA ini diadakan bertujuan memberikan peluang kepada bakat-bakat di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian.

Kepesatan dan perkembangan teknologi dan platform media sosial dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat tanpa batasan geografi melalui kempen ini.

Image via XTRA

Pengurus Kempen XTRA XSTAR, Muhammad Kamaruddin Mohd Rizal berkata, pencarian bakat secara digital ini dijangka menarik minat ramai peserta untuk mencipta nama di industri muzik.

"Menerusi XTRA XSTAR, kami membuka peluang untuk semua pihak yang berbakat dan berminat untuk menjadi penyanyi.

"Menggunakan ruang digital seperti Tiktok yang mempunyai pendekatan inovatif memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam menyampaikan persembahan nyanyian yang unik dan menarik.

"Peserta tanpa mengira umur serta bangsa boleh menghantar penyertaan mereka bermula pada 2 September 2024.

"Seterusnya, 20 peserta bertuah akan dipilih juri profesional ke pusingan Top 5 bakal bersaing untuk merebut gelaran juara," katanya.

Tambahnya, bakal juri terdiri daripada penyanyi profesional dan berpengalaman dalam industri hiburan dan peserta Top 5 juga bakal bersaing di pusingan akhir yang akan diadakan secara langsung di akaun Tiktok XTRA.

Bukan itu sahaja, bakal pemenang akan menerima hadiah berupa kontrak rakaman eksklusif dan diberi peluang untuk bernaung di bawah pengurusan bersama Alternate Records & Talents.

Macam mana cara nak menyertainya? Mudah sahaja, ikuti langkah ini:

  1. Rakam video nyanyian anda di TikTok. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
  2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2024
  3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai XTRA XSTAR
  4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman dan pengurusan.
  5. Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: