"Adam Sayang, Sejuk Ya Dalam Peti Tu" - Status FB Ibu Adam Buat Ramai Menitiskan Air Mata

Kesan retak di tempurung kepala dan pendarahan otak merupakan punca kematian anak syurga, Adam Rayqal.

Arwah Adam Rayqal yang telah meninggal dunia ketika berada di rumah pengasuh dikatakan berpunca daripada kecederaan di bahagian kepala dan juga pendarahan otak

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata bahawa hasil bedah siasat terhadap mangsa telah menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

Fadzil juga berkata, "Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.

"Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini."

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

Image via Berita Harian

Bedah siasat kes ini telah dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL). Fadzil mengulas lanjut bahawa pada hari kejadian, suspek juga turut mengasuh dua lagi bayi lain namun selamat diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

Suspek juga telah bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak 2 tahun yang lalu dan sering mempromosikan perkhidmatannya di media sosial.

"Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan," tambah Fadzil.

Pengkebumian arwah Adam Rayqal telah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, semalam, 4 Julai

Berikut merupakan momen terakhir arwah Adam berada dalam dakapan orang tuanya. Sungguh menyayat hati.

Ibu kepada Adam Rayqal, Farah Madi.

Image via Media MB Terengganu

Bapa kepada Adam Rayqal, Sufie.

Image via Media MB Terengganu

Status menyayat hati ibu kepada Adam Rayqal membuatkan masyarakat menitiskan air mata ketika membacanya:

Kes ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada ibu-ibu di luar sana yang mempunyai anak kecil. Kesedihan yang melampau sehingga dapat dirasai oleh setiap golongan masyarakat yang mengikuti perkembangan kes ini.

Sungguh menyayat hati. Anak kecil ini sesungguhnya masih tidak tahu apa-apa, malah dia masih belum pandai untuk menyebut "ibu dan ayah". 5 bulan bersama ibu bapa sememangnya tidak mencukupi.

Berikut merupakan reaksi dan kesedihan masyarakat berkenaan dengan kes kematian anak syurga ini:

Semoga arwah Adam Rayqal tenang di sana. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment