seismik

Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP Kini Boleh Disemak

Berita baik untuk semua.

Cover image via Free Malaysia Today & The Sun Daily

Orang ramai boleh menyemak status permohonan skim pengeluaran i-Sinar bagi Kategori 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Seperti yang telah diumumkan oleh KWSP, semakan status permohonan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021.

Menurut sumber, semakan tersebut akan membolehkan para pemohon mengetahui sama ada permohonan diluluskan oleh pihak KWSP atau tidak.

Image via Semakan Online

Kategori 1 akan dikreditkan secara automatik mulai 11 Januari

Difahamkan, jika anda berjaya, pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.

Tetapi jika anda tidak berjaya, anda perlu menunggu sama ada pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.

Selain itu, tarikh pembayaran pengeluaran pula akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:

  • Kategori 1 (diluluskan automatik) : Mulai 11 Januari 2021.
  • Kategori 2 (status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat) : Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

* Permohonan Kategori 2 boleh dibuat mulai 11 Januari 2021.

Permohonan bagi semua Kategori boleh dibuat dalam masa enam bulan bermula tarikh dibuka.

Cara semakan melalui portal i-Sinar

Anda boleh menyemak sendiri status permohonan seperti yang berikut:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my
  2. Masukkan maklumat korang seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan.
  3. Klik semak.
  4. Status permohonan korang akan dipaparkan.

Cara semakan melalui i-Akaun KWSP

  1. Buka aplikasi i-Akaun KWSP.
  2. Login dengan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Semak status di bahagian PENGELUARAN atau INBOX.
  4. Status permohonan / kelulusan i-Sinar anda akan dipaparkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: