seismik

Suami Ini Jadikan 'Livestream Gaming' Demi Biayai Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan

Suami mithali macam inilah yang kita mahukan.

Cover image via Ayul Rahman / Facebook

Apa yang anda buat jika pasangan anda didiagnos dengan penyakit janggal yang memerlukan kos rawatan mencecah ribuan Ringgit setiap bulan?

Image via cloudfront.net

Ujian sebegini kadang-kadang terlalu besar untuk seseorang hadapi. Mungkin ada yang memilih 'jalan singkat' dengan melarikan diri untuk menjauhkan diri daripada masalah.

Maklumlah, tidak semua orang mampu menggalas tugas yang berat, lebih-lebih lagi jika melibatkan tanggungan wang yang besar.

Tetapi lelaki ini memilih untuk memikul bebanan tersebut dan berusaha sedaya upaya demi isteri tercinta

Ayul Rahman dan Quya Anuar.

Image via Ayul Rahman / Facebook

Lelaki tersebut, Ayul Rahman dikejutkan dengan berita bahawa isterinya, Quya Anuar menghidap penyakit misteri yang dipanggil pulmonary hypertension sejak tahun lepas.

Pulmonary hypertension bermaksud Quya mempunyai tekanan darah tinggi di dalam paru-paru, yang menyebabkan dia sering berasa letih, sukar bernafas, dan pening kepala.

Mereka yang telah berkahwin selama lima tahun, pada mulanya menyangka Quya hanya mengalami refluks asid apabila menunjukkan beberapa simptom

Bercakap kepada Siakap Keli, Ayul berkata isterinya semakin lama semakin cepat penat, rasa loya, dan muntah-muntah walau hanya berjalan dan naik tangga.

Mereka mula mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). Setelah menjalankan beberapa diagnosis, doktor mengesahkan bahawa isterinya menghidap pulmonary hyepertension.

Doktor juga memberitahu penyakit ini tidak memerlukan sebarang pembedahan, dan biasanya hanya dirawat dengan ubat.

Namun, ubat penyakit ini menelan kos sehingga RM300 bagi satu pil.

"Baru-baru ini pergi checkup dan ambil ubat untuk Quya dan baru dapat tahu sebiji ubat Macitentan ini harganya RM300. Jadi, sebiji kena makan setiap hari, jumlah RM9,000 sebulan," tulis Ayul di Facebook September lalu.

Ayul yang juga merupakan jurugambar sepenuh masa sentiasa berterima kasih kepada orang ramai yang sudi memberi sumbangan bagi meringankan dia sekeluarga.

"Terima kasih pada Allah sebab aku dikelilingi oleh orang-orang baik. Walaupun ada yang tak kenal langsung. Terima kasih atas sumbangan, sedikit sebanyak membantu aku. Hanya Allah dapat balas jasa baik korang," tulisnya.

Kenapa ubat ini terlalu mahal? Penyakit ini tidak tersenarai dalam senarai ubat subsidi oleh pihak kerajaan kerana ia sangat jarang berlaku.

Demi menanggung kos yang besar ini, Ayul memilih untuk menjadi streamer bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Kini, beliau berjaya meraih populariti selepas membangunkan Aylrhmn Gaming.

Setakat ini, Aylrhmn Gaming sudah berjaya mengumpul 19 ribu pengikut di Facebook. Boleh tonton livestream beliau di sini.

Semoga pasangan ini terus kuat menghadapi dugaan

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Suri rumah pun mampu jana pendapatan 5 angka dengan gaming:

You may be interested in: