seismik

"Susu Pisang, Ada Pisang Ke?" Dietitian Ini Bongkar Kelebihan & Kekurangan Produk Sebegini

Ini baru betul. Jangan mudah terpedaya dengan produk-produk yang selalu overclaim!

Cover image via Mohd Khairul Azuan/Facebook

Zaman sekarang ini ramai pengguna lebih mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang menjanjikan sesuatu yang tidak pasti

Image via Giphy

Sebagai contoh, antara yang tular baru-baru ini di media sosial di mana ramai warganet telah mempersoalkan satu produk yang dikatakan mampu untuk mengurangkan obesiti dan juga mampu untuk memberikan khasiat-khasiat lain. Namun begitu, ada juga pengguna bijak dan berfikiran bahawa setiap apa yang diiklankan itu adalah palsu dan iklan yang dikeluarkan juga adalah melampau.

Overclaim sangat pun tak boleh juga.

Oleh itu, isu ini dibahaskan kembali oleh seorang lelaki yang juga dietitian iaitu Mohd Khairul Azuan. Dia telah membongkar serba sedikit tentang isu ini bertujuan untuk mendidik orang ramai.

Mohd Khairul Azuan, dietitian.

Image via Mohd Khairul Azuan/Facebook

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Susu pisang, ada pisang ke di dalamnya? Susu kurma, ada kurma ke di dalamnya? Susu durian, ada D24 ke di dalamnya?"

Kecoh dah kat media social berkenaan produk susu yang berperisa buah. Untuk menjadi lebih adil, saya berikan review kebaikan dan kekurangan yang boleh diperbaiki. Saya ambil masa sedikit untuk mengatur tulisan sebegini kerana niat mahu mendidik. Bukan menghukum. Jadi baca dengan baik dan hadam ilmu yang saya mahu sampaikan.

Di bawah merupakan kebaikan susu segar perisa buah-buahan:

1. Dengan perisa buah-buahan ia dapat menggalakkan orang minum susu kerana mengikut statistic oleh KKM, rakyat Malaysia kurang mengambil kalsium yang cukup dalam sehari.

2. Bagi orang yang tak suka rasa susu asli, susu dengan perisa buah-buahan lebih mudah diterima tekak.

3. Susu begini juga bagus diambil pagi-pagi sebelum ke tempat kerja kalau anda ada masalah gastrik yang teruk. Tak sempat sarapan, minum dulu susu ini. Rasa pun okey dari susu kosong.

4. Khasiat susu segar yang tinggi protein dan sumber mineral yang lain. Jika betul-betul mereka guna susu segar. Tipu dosa.

Ini pula adalah kekurangan untuk produk sebegini:

1. Overclaim! Ini masalah besar. Jangan main-main dengan claim product. Lagi –lagi yang melibatkan perubatan. Ada banyak jenis penyakit yang tak boleh diletakkan dalam claim produk. Boleh diambil tindakan ooo.

2. Overprice! Pisang dan susu anda boleh dapat lebih murah tetapi anda perlu bayar harga hamper 3x ganda untuk rasa buah sahaja. Bukan khasiat buah.

3. Tiada khasiat khusus untuk buah yang ditambah. Jika kita tambah durian, anggur, pisang atau kurma, khasiat yang bagus adalah potassium. Pottasium ni bagus untuk regulasi otot dan jantung. Tapi ada ke potassium dalam tu?

Baca label dan cari kat label pada kotak. Adakah ia menggunakan buah sebenar ? Real foods? Atau hanya perisa.

4. Tinggi gula tambahan. Gula berlebihan memberi risiko kegemukan. Gula lactose dalam susu segar itu biasa kerana ia karbohidrat semulajadi dalam susu. Tapi bila ada sukrosa, kena jaga-jaga. Ia adalah gula putih. Jika bawah 2.5g gula per 100ml baru dikira rendah dalam minuman. Tapi ia tak claim rendah gula pun. Tapi pelik bagaimana kat label ada tulis sukrosa tapi kat label kosong jumlah glucose sedangkan sukrosa terdiri dari glucose dan frustose.

Nasihat dietitian ini sangat berguna untuk mereka yang merasakan bahawa produk sebegini akan menjanjikan khasiat-khasiat seperti yang tertulis pada produk

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Sebagai Dietitian, saya menggalakkan anda semua meminum susu segar atau rendah lemak. Pada masa yang sama mengambil buah-buahan sebagai pelengkap vitamin dan mineral dalam diet seharian.

Walau bagaimanapun, jika anda mengambil susu perisa buah dalam kotak untuk menjimatkan masa dan tak perlu lagi makan buah dan minum susu , ini persepsi salah ya dan perlu dibetulkan dengan ilmu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in: